BTC USD 28,606.1 Gold USD 1,969.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelancong mati tak endah arahan jgn mandi di paras bahaya hutan lipur telaga 7.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
Langkawi: Tindakan sekumpulan pelancong asing warga Jerman yang tidak mematuhi arahan larangan mandi di paras bahaya di Hutan Lipur Telaga Tujuh, di sini, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka terjatuh dari cerun bukit, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Alexzande Anton Michael, 24, maut akibat terjatuh dari ketinggian lebih 70 meter berikutan keadaan batu yang licin disebabkan hujan renyai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi Penolong Kanan Penguasa Bomba Yaakob Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.10 petang.

Beliau berkata, sebuah jentera bersama 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mayat berjaya dibawa keluar pada jam 4.50 petang dan mangsa dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi kawasan air terjun berkenaan terutama di kawasan larangan untuk melakukan sebarang aktiviti riadah.

http://www.hmetro.com.my/node/3037
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register