BTC USD 57,388.9 Gold USD 1,789.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelancaran Hari Sukan Negara 2021 (9 Okt 830AM)

akecema

CG Top Poster Club
Messages
23,876
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,876
Reaction score
3,012
Points
206
Padu bang
Cantik view situ
Sayang drone xley naik sgt
Xberani fly atas highway
Angin kuat. Naik kejap pun dah berjoget kene tiup angin
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
94,917
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
94,917
Reaction score
15,382
Points
1,906
Pencapaian dalam kedua-dua temasya itu adalah hasil prinsip kebersamaan semua pihak khususnya para atlet dan jurulatih masing-masing. - Ismail Sabri

Sukan Olimpik, Paralimpik 2020 beri impak membanggakan Malaysia: PM
| | 09 Oktober 2021



1633760907654.png

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan semasa majlis perasmian Hari Sukan Negara 2021 (HSN2021) di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 telah memberi impak yang sangat membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Ketika seluruh dunia berperang melawan pandemik Covid-19, mereka berlatih dalam keadaan serba getir demi mengangkat nama negara," katanya ketika merasmikan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini pada Sabtu.


Pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, Malaysia merangkul pingat perak dan gangsa, manakala pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pula, Malaysia meraih lima pingat yang tiga daripadanya pingat emas dan dua perak.

Pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, Malaysia meraih pingat perak menerusi Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam acara keirin dan pingat gangsa menerusi gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam acara badminton beregu lelaki.

Sukan Paralimpik Tokyo pula menyaksikan tiga pingat emas diraih melalui Abdul Latif Romly menerusi acara lompat jauh lelaki T20, Cheah Liek Hou dalam acara badminton perseorangan lelaki SU5 dan menerusi jaguh powerlifting Bonnie Bunyau Gustin.

Pingat perak Paralimpik diperoleh menerusi Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia).

“Marilah kita memberikan penghormatan kepada mereka yang telah menumpahkan bakti dan jasa kepada negara,” kata Ismail Sabri.
Beliau berkata, pencapaian dalam kedua-dua temasya itu adalah hasil prinsip kebersamaan semua pihak khususnya para atlet dan jurulatih masing-masing.


“Kita perlu melihat kesungguhan ini pada diri setiap atlet, termasuk mereka yang pulang tanpa membawa sebarang pingat,” katanya. - Bernama




 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
94,917
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
94,917
Reaction score
15,382
Points
1,906

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

21m ·

SEREMBAN, 9 OKTOBER 2021 - YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah menghadiri Pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi Negeri Sembilan.

Dalam masa yang sama, Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan di Putrajaya yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob diadakan dan ianya telah dipancarkan secara maya di sini.

Kemudian, Khairy Jamaluddin memberi ucapan, "Aktiviti sukan milik semua yang perlu dijalankan oleh setiap lapisan masyarakat. Negara kita menyaksikan perkembangan penyakit tidak berjangkit (NonCommunicable Diseases atau NCD) yang agak membimbangkan".

"Jadi saya amat menyeru dan mengingatkan diri saya serta saudara-saudari sekalian supaya kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dengan sentiasa bersenam dan mengawal pemakanan kita. Kita perlulah perkukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan melaksanakan TRIIS iaitu Test, Report, Isolate, Inform and Seek. Sebelum dibenarkan rentas negeri untuk pulang ke kampung nanti, saya sarankan untuk buat saringan kendiri untuk memastikan kita tidak menyebarkan virus COVID-19".

Turut mengiringi YB Khairy Jamaluddin ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YBrs. Encik Zul Fadhli Abd Aziz, dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.


1633761327076.png

1633761334771.png

1633761342053.png

1633761354918.png

1633761364802.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
94,917
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
94,917
Reaction score
15,382
Points
1,906

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) telah menambah 50 foto baharu pada album: TIMBALAN KPN LANCAR HARI SUKAN NEGARA 2021 PERINGKAT PDRM.​

2j ·

TIMBALAN KPN LANCAR HARI SUKAN NEGARA 2021 PERINGKAT PDRM

Kuala Lumpur, 9 Oktober 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini melancarkan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman, pagi tadi.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Sukan PDRM ini, menyediakan beberapa aktiviti antaranya acara berbasikal, larian, zumba, sukan sepak raga, bola jaring dan seni bela diri, Muay Thai.


Ia turut diserikan dengan persembahan mantap brass band, gabungan Pancaragam Pusat PDRM dan Badan Seni Budaya PDRM.
Turut hadir, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Datin Seri Hjh. Anizah Musa, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Razarudin Husain, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Azri Ahmad, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Datuk Wira Mat Kasim Karim serta warga kerja Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Muhamad Rafsamjani Shamsul Bahar, Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin, Konstabel Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Khairul Hilmi Zaini.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
323,784
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
323,784
Reaction score
16,460
Points
2,376
Sayang drone xley naik sgt
Xberani fly atas highway
Angin kuat. Naik kejap pun dah berjoget kene tiup angin

Kang jatuh drone tu
Naya
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
323,784
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
323,784
Reaction score
16,460
Points
2,376
Sayang drone xley naik sgt
Xberani fly atas highway
Angin kuat. Naik kejap pun dah berjoget kene tiup angin

Kang jatuh drone tu
Naya
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
94,917
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
94,917
Reaction score
15,382
Points
1,906
Warga Orang Kurang Upaya (OKU) turut sama memeriahkan Hari Sukan Negara 2021 di pekarangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini.
Selain itu, di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, kelihatan peserta cilik bersemangat menyertai aktiviti sukan sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2021.
#HariSukanNegara2021
1f4f8.png
: Mohd Huzaini Daud / Shahuri Saidi

1633786414171.png

1633786430185.png

1633786440344.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register