Telco Pelan Prabayar DiGi 15GB Untuk 20 Sebulan - Khusus Untuk Pelajar SPM & STPM

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Selain Celcom dan U Mobile, kini Digi turut telah mengumumkan penawaran pakej mereka untuk pelajar SPM dan STPM.


Pakej pas internet 15GB daripada Digi turut ditawarkan pada harga RM20 untuk tempoh penggunaan selama 30 hari. Ia ditawarkan terhad daripada 6 Januari hingga 30 April 2021 ini. Pakej dinamakan Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021 ini ditawarkan pelbagai syarikat telekomunikasi dalam memudahkan para pelajar kekal berhubung dan mengikuti pembelajaran secara atas-talian dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan.

Pakej ini ditawarkan oleh Digi bagi mereka yang berumur antara 16 tahun ke 19 tahun pada sistem mereka, berdasarkan kepada penggunaan nombor MyKad. Mereka yang berminat, boleh membuat langganan dengan hanya mendail *128# atau menggunakan aplikasi MyDigi.

 
Top
Log in Register