BTC USD 54,517.0 Gold USD 2,497.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelaksanaan lesen B2 kepada B akan diumum – Siew Fook

Sponsored Post

tapi takde jumpa lagi orang bawak ex5 tetiba upgrade s1000rr.
110-500 ok blh handle easy
nie den stju sbb 500cc rs mcm bwk motor modi jer
klu 800cc ke ats segmen lain dah.yg niepon ramai trciduk ms fenomena z8/mt09 sbb xblh handle power moto
apatah lagi 1kcc ke atas
 
Lesen B1, B2 Tidak Di Naik Taraf Ke B Penuh Secara Automatik - Anthony Loke

03.08.2024 - Lesen motosikal kelas B1 dan B2 tidak mungkin akan dinaik taraf kepada lesen B penuh secara automatik, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Loke berkata, individu yang meminta untuk menaik taraf lesen dikehendaki untuk menghadiri kursus dua jam di institut memandu bagi memastikan kelayakan mereka. Beliau berkata, program peralihan khas itu diperkenalkan selepas mengambil kira pelbagai faktor dengan teliti. Katanya, program itu disediakan kepada pemegang lesen B1 dan B2, pengalaman lebih 10 tahun yang ingin menaik taraf kepada lesen B Penuh untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan memenuhi syarat tertentu.

"Pemohon mesti bebas daripada sebarang senarai hitam, saman tertunggak, sekatan urus niaga, sabitan jenayah yang serius, atau isu yang belum selesai di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)," katanya pada Sabtu.

Beliau pada masa sama berkata, pihaknya mengambil kira pengalaman berbanding umur kerana ia adalah keputusan yang praktikal dan tepat. Menurutnya, jika umur adalah satu-satunya faktor, pemohon yang tidak mempunyai pengalaman atau sejarah memegang lesen B2 mungkin tidak sesuai untuk dinaik taraf.

"Justeru, kami memilih pendekatan yang lebih pragmatik, memfokuskan kepada tempoh pengalaman dengan lesenkan," jelasnya.

Terdahulu, pemegang lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 selama 10 tahun dan ke atas akan layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh, bermula 1 Oktober depan. Pemohon bagaimanapun perlu memenuhi syarat ditetapkan, antaranya menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu (IM) dengan kos yuran sebanyak RM160.
1722699431884.png
 

Lesen B penuh: Pakar bimbang kemalangan motosikal kuasa tinggi meningkat​

Foto hiasan. - Bernama
Foto hiasan. - Bernama


KUALA LUMPUR: Program peralihan khas Lesen Memandu Malaysia (LMM) Motosikal kelas B1 atau B2 kepada lesen B penuh dalam jangka waktu panjang dikhuatiri meningkatkan kadar kemalangan jalan raya membabitkan motosikal berkuasa tinggi.

Pengasas dan Penasihat KJR dan Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR), Jamil Manan Supri berkata jika proses permohonan dan syaratnya tidak diperketatkan terutama dari aspek kompetensi dalam mengendalikan motosikal berkuasa tinggi, ia juga bakal menjadi punca kepada peningkatan kes kemalangan jalan raya di masa mendatang.

Katanya, banyak faktor perlu diambil kira termasuk kaedah atau teknik penunggangan kerana ia berbeza mengikut berat jentera atau kuasa enjin (cc) motosikal.

"Pengendalian motosikal berkuasa tinggi sangat memerlukan kemahiran yang cekap dan kawalan kelajuan baik.

"Kalau sekadar menghadiri dan lulus program peralihan dan penyesuaian kepada kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu (IM) membabitkan program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pemanduan atau pengoperasian motosikal berkuasa besar untuk tempoh dua jam, ia tidak memadai untuk menjadikan seorang penunggang itu terus mahir untuk mengendalikan motosikal berkuasa tinggi.

"Ini akan memberikan kesan yang negatif kerana syarat yang ditawarkan tidak begitu ketat bagi seseorang penunggang untuk dinaikkan taraf kepada B penuh," katanya kepada BH hari ini.

Semalam, BH melaporkan, pemegang LLM kelas B1 dan B2 selama 10 tahun dan ke atas, layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh bermula 1 Oktober ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata pemohon bagaimanapun perlu memenuhi syarat ditetapkan.

Antaranya menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di IM dengan kos yuran sebanyak RM160.

Selain itu, pemohon juga perlu menjalani program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pengoperasian motosikal berkuasa besar untuk tempoh dua jam.

Mengulas lanjut, Jamil berkata tempoh masa dua jam juga tidak memadai kerana pemohon sepatutnya perlu diberikan pendidikan dan pengetahuan secara komprehensif serta latihan kemahiran secara intensif.

"Untuk tujuan ini, latihan secara praktikal dan ujian khas perlu diwajibkan dengan mengambil kira waktu yang lebih panjang bagi menilai keupayaan kemahiran menunggang dan keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa tinggi di dalam situasi mencabar.

"Ianya perlu banyak latihan dan memerlukan jangka waktu yang panjang. Justeru, disarankan kepada kerajaan supaya mengemaskini kaedah untuk naik taraf LMM ke B.

"Ini supaya dapat memberikan impak positif serta berupaya melahirkan penunggang yang bertanggungjawab, berhemah dan berkualiti serta tidak timbul isu keselamatan di kemudian hari," katanya.

Jamil berkata berdasarkan tinjauan, rata-rata masyarakat terutamanya pengguna jalan raya yang sudah memiliki LMM B penuh berpendapat proses yang mereka sudah lalui lebih sukar.

"Pengguna berpendapat kelonggaran syarat yang diberikan atau ditawarkan untuk naik taraf LMM B1 dan B2 kepada B belum tentu menjanjikan atau melayakkan seseorang penunggang menjadi penunggang yang berkualiti dan berhemah," katanya

Jamil berkata Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (KEJARA) juga perlu dijadikan kayu pengukur sebagai salah satu syarat kelayakan.

"Sebagaimana yang kita sedia maklum, 65 peratus kluster penunggang motosikal dari golongan remaja berumur 16 hingga 35 adalah kalangan mereka yang banyak terkorban.

"Justeru, diharapkan bukanlah jalan mudah bagi golongan tertentu sahaja (mendapat lesen) tanpa mengambil kira kesan jangka panjang yang lari daripada matlamat asal Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MRSP)," katanya.
 
Peralihan Lesen Kelas B1 & B2 Kepada "B Full", Ini Yang Anda Perlu Tahu

Akhirnya, pengumuman yang paling dinanti-nantikan pemilik lesen motosikal B2 iaitu naik taraf kepada lesen B atau lebih dikenali umum sebagai 'B Full' tanpa perlu lagi mendaftar lain untuk kursus lesen motosikal kelas B itu diumumkan. Menerusi kenyataan rasmi oleh Menteri Pengangkutan hari ini, cadangan tersebut telah dimuktamadkan dan diluluskan. Walaubagaimanapun, ia tidaklah semudah disangka yang mana mungkin ramai beranggapan ia akan diberikan secara automatik kepada pemilik lesen B2. Sebaliknya untuk peralihan itu, terdapat pelaksanaan program khas yang perlu diteliti dan difahami. Berikut adalah perincian program khas peralihan yang akan diperkenalkan kepada pemegang LMM kelas B1 dan B2 untuk beralih dan mendapatkan LMM kelas B.
  • Individu telah memegang LMM kelas B1 atau B2 secara aktif untuk tempoh berterusan minima 10 tahun. Syarat ini bagi memastikan tahap kompetensi dan pengalaman pemanduan kenderaan motosikal bagi mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar;​
  • Pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urusniaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333;​
  • Pengesahan sihat tubuh badan/fizikal/minda secara deklarasi kendiri oleh individu;​
  • Menghadiri dan lulus program peralihan dan penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di Institut Memandu (IM) melibatkan program amali penunggangan, informasi pemanduan/pengoperasian motosikal berkuasa besar untuk tempoh 2 jam; dan​
  • Pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh Qualified Training Officer (QTO) di IM. Pengesahan ini amat penting bagi memastikan tahap kompetensi dan keupayaan seseorang mengendalikan motosikal berkuasa besar demi meningkatkan tahap keselamatan pemanduan individu tersebut.​
Bagi tujuan menjalani program khas peralihan ini, caj perkhidmatan yang hanya berjumlah RM160 akan dikenakan kepada mana-mana calon bagi menampung kos operasi yang terlibat di IM. Pada masa ini, pihak JPJ sedang di fasa akhir persiapan bagi memperkenalkan program peralihan berkenaan, termasuk melaksanakan semua perubahan sistem dan penyelerasan dengan pihak IM. Permohonan bagi menjalani program peralihan dijangka dibuka kepada umum mulai 1 Oktober 2024. Seiring dengan pengumuman hari ini, Menteri Pengangkutan turut memaklumkan, mulai 1 Oktober 2024, tiada lagi program mendapatkan LMM kelas B1 di IM akan dibuka kepada orang ramai.

Program tersebut dimansuhkan kerana permintaan pengguna bagi mendapatkan LMM kelas B1 adalah terlalu rendah pada setiap tahun kerana orang ramai akan terus memilih mendapatkan kelas B sahaja. Bermakna, pemegang lesen B1 sedia ada, mereka akan kekal di kategori berkenaan atau menjalani program khas di atas bagi mendapatkan kelas B. Maka, dengan mendapatkan LMM Motosikal kelas B, individu layak memandu semua kelas kuasa-cc motosikal, dan tidak terhad kepada motosikal berkuasa 499cc ke bawah sahaja bagi kelas B1.

1722828052652.png

Sumber asal Siaran media Kementerian Pengangkutan Malaysia
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register