BTC USD 96,257.1 Gold USD 2,638.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelakon Terkemuka James Earl Jones Meninggal Dunia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,323
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
63,323
Reaction score
7,010
Points
916
Awards
1
James Earl Jones, pelakon yang terkenal dengan suara ikonik dalam filem serta animasi telah meninggal dunia pada usia 93 tahun. Dalam kerjaya merentasi 62 tahun, mendiang Jones telah membintangi lebih 190 filem serta siri TV. Beliau terkenal di kalangan peminat filem sebagai suara Darth Vader dalam siri Star Wars dan juga Mufasa dalam siri filem The Lion King.

James-Earl-Jones-950x535.jpg.webp


Bagi peminat permainan video pula, beliau memegang watak General James Solomon dalam permainan video Command & Conquer : Tiberian Sun. Beliau kali terakhir aktif berlakon pada tahun 2022 apabila sekali lagi meminjamkan suara kepada watak Darth Vader dalam siri TV Obi Wan Kenobi untuk Disney+. Mendiang adalah sebilangan kecil artis di dunia yang memenangi anugerah EGOT.

Kerana sudah agak berusia dan uzur, Jones menjual hak suara beliau kepada syarikat AI dua tahun yang lalu membolehkan suara mendiang digunakan walaupun selepas telah meninggal dunia. Selamat tinggal James Earl Jones, terima kasih untuk memori-memori semasa kami masih membesar.​
 
Sponsored Post

James Earl Jones Menjual Hak Suara Darth Vader Untuk Di Gunakan Oleh Kecerdasan Buatan

Pelakon James Earl Jones bertanggungjawab meminjamkan suara ikonik beliau kepada watak Darth Vader dalam Star Wars dan Mufasa dalam The Lion King. Beliau yang kini sudah berusia 91 tahun dan ingin berhenti memberikan suara beliau kepada watak Darth Vader. Bagi membolehkan Vader terus digunakan untuk siri dan filem Star Wars yang seterusnya, Earl Jones telah menjual hak menggunakan suara beliau kepada firm kecerdasan buatan.

James-Earl-Jones-950x535.jpg.webp


Respeecher sebuah firma dari Ukraine kini memegang hak untuk menggunakan semula suara beliau. Dengan kecerdasan buatan yang dibangunkan sendiri, suara Earl Jones boleh digunakan untuk pelbagai skrip yang dikehendaki. Dalam siri Obi Wan Kenobi di Disney+ baru-baru ini, teknologi Respeecher digunakan untuk babak dengan Vader. Suara Earl Jones sudah banyak berubah kerana faktor usia maka Respeecher telah digunakan supaya dialog yang diucapkan konsisten dengan suara Vader yang masih muda.

Penggunaan semua kecerdasan buatan untuk merekodkan dialog kini sudah digunakan dengan meluas. Suara Val Kilmer dalam Top Gun Maverick dan dokumentari beliau dihasilkan dengan kecerdasan buatan kerana beliau tidak lagi boleh bercakap kerana kanser tekak. Sementara itu filem Fall merekod semula suara menggunakan kecerdasan buatan bagi memadam dialog asal yang mengandungi carutan.

Sumber asal https://www.vanityfair.com/hollywood/2022/09/darth-vaders-voice-emanated-from-war-torn-ukraine
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register