BTC USD 117,896 Gold USD 3,353.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelakon sitkom ‘Santan Berlada’ Khairul Azhar meninggal dunia

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,286
Joined
Dec 6, 2010
Messages
21,286
Reaction score
1,507
Points
201
Ditemukan tak sedarkan diri dalam kereta, pelakon sitkom ‘Santan Berlada’ Khairul Azhar meninggal dunia


PELAWAK veteran Khairul Azhar meninggal dunia di kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor pada malam Khamis.

Allahyarham Khairul berusia 70 tahun.


Kata Aizat, dia cuba memberikan bantuan pernafasan sementara menanti pasukan perubatan tiba di lokasi namun pelawak itu disahkan meninggal dunia.

"Khairul disahkan meninggal dunia malam tadi pada pukul 10.37 malam tadi.

"Malam tadi saya kebetulan pergi ke rumahnya dan nampak dia masih ada di dalam kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Saya pun mendekatinya dan cuba memberi bantuan pernafasan sebelum menghubungi ambulans.

"Namun pasukan perubatan mengesahkan Khairul sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Bercerita lanjut mengenai pemergian arwah, Aizat memberitahu Khairul masih keluar bekerja seperti biasa untuk mengacarakan sebuah majlis pada pagi Khamis.

"Pada sebelah malam (Khamis) dia pergi keluar makan bersama rakan-rakannya.

"Balik daripada keluar makan, saya temui dia masih berada dalam kereta tidak sedarkan diri," ujarnya.

Dalam pada itu, Aizat memberitahu Allahyarham sebelum ini pernah menghidap penyakit paru-paru berair.

Bagaimanapun belum dapat dipastikan punca sebenar Khairul meninggal dunia.



Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda, Klang selepas solat Jumaat.

Khairul sebelum ini pernah popular menerusi drama komedi berjudul Santan Berlada pada era 80-an.

Selain Khairul, drama berkenaan turut menampilkan gandingan bersama Allahyarham Ali Mamak dan mendiang Acapan.

Malah trio itu turut pernah merakamkan album solo terbitan Suria Records pada 1993.

Artikel : Mstar


6181496312168563511_121.jpg

6181496312168563512_120.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register