TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 405,850
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 405,850
- Reaction score
- 28,306
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
Pelakon pandu Myvi secara berbahaya, kekasih tercampak
oleh MUHAMMAD AMINNURALIFF28 Disember 2022 10:46pm
Masa membaca: 1 minit
Tular Perodua Myvi kelabu dipandu suspek dipandu secara melulu sehingga mengakibatkan kemalangan.
AMPANG - Seorang pelakon diberkas selepas disyaki memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kekasihnya tercampak keluar dari kenderaan dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) susur Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (Duke) di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu berjaya dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan dan kemudiannya tular di media sosial.
"Siasatan mendapati kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu suspek dengan tiba-tiba menukar lorong secara melulu.
"Perodua Myvi tersebut kemudiannya hilang kawalan dan melanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, impak pelanggaran tersebut mengakibatkan kekasih suspek yang merupakan wanita tempatan berumur 25 tahun tercampak keluar.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan.
"Siasatan juga mendapati berlaku pertengkaran di antara suspek dan mangsa ketika kejadian," katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pelakon pandu Myvi secara berbahaya, kekasih tercampak
AMPANG - Seorang pelakon diberkas disyaki memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kekasihnya tercampak keluar dari kenderaan dipandunya di Lebuhraya...

Video kejadian
Pelakon ditahan pandu melulu di MRR2
Oleh Safeek Affendy Razali - Disember 28, 2022 @ 11:22pm
[email protected]
![]()
Seorang pelakon lelaki ditahan selepas dikesan memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), petang semalam sehingga penumpang hadapan Myvi berkenaan tercampak dari kenderaan ke atas jalan raya.
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki ditahan selepas dikesan memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), petang semalam.
Rakaman video yang tular menunjukkan kenderaan dipercayai dipandu pelakon sambilan berusia 30-an itu, dikendali dalam keadaan berbahaya di jalan raya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata pemandu Perodua Myvi itu dikesan menukar lorong secara melulu sebelum dipercayai gagal mengawal kenderaan.
"Akibat tindakan itu, pemandu Perodua Myvi terbabit terlanggar sisi kiri sebuah Toyota Innova.
"Pelanggaran menyebabkan penumpang hadapan Myvi berkenaan tercampak dari kenderaan ke atas jalan raya dan mengalami kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamad Farouk berkata, siasatan awal mendapati kemalangan disebabkan kecuaian pemandu Myvi yang memandu secara melulu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan lesen memandu selama tidak kurang lima tahun.
Beliau berkata, pemandu kedua-dua kenderaan tampil membuat laporan hari ini dan pihaknya menahan pemandu Myvi untuk untuk siasatan sebelum membuat permohonan reman, esok.
Saksi kejadian diminta menyalurkan maklumat dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093.
BERITA HARIAN