BTC USD 43,545.8 Gold USD 1,749.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelakon Nasir Ali meninggal dunia

misscordelia

CG Top Poster Club
Joined
May 26, 2008
Messages
30,420
Reaction score
62
Points
120
Al Fatihah utk beliau ..

Pelakon Nasir Ali meninggal dunia kerana kencing manis 31/10/2008 4:07pm

bt_14.1.jpg

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pelakon teater, drama dan filem yang terkenaldengan watak jahat, Nasir Ali meninggal dunia kerana penyakit kencingmanis di kediamannya di Bandar Sri Permaisuri di sini pada pukul 3.45pagi tadi.

Menurut isteri Allahyarham, Kadariyah Yup, 55, suaminyamenghembuskan nafas terakhir selepas mengalami demam pada awal pagitadi ekoran penyakit yang dideritainya itu sejak empat tahun lalu.
Allahyarham yang berusia 55 tahun dan berasal dari Taiping dandibesarkan di Butterworth itu menghidap kencing manis yang serius.

Nasir juga pernah dinasihati oleh doktor agar memotong ibu jari kaki kirinya bagi mengelakkan ia merebak.
``Pada 13 Oktober lalu, arwah telah dibawa ke HUKM (HospitalUniversiti Kebangsaan Malaysia) di Cheras kerana penyakit yangdihidapinya itu. Doktor mencadangkan agar ibu jari kaki kirinyadipotong supaya penyakitnya tidak merebak.

``Tetapi Allahyarham enggan dan keesokan harinya dibenarkan keluardari hospital tersebut. Sejak saat itu, beliau lebih banyak berehat danberpantang di rumah,’’ katanya ketika ditemui di kediamannya diApartmen Cemara di sini.

Jelas Kadariyah, awal pagi tadi, kesihatan Allahyarham yangmempunyai empat orang anak dan dua orang cucu itu semakin tenat apabilakeadaan suhu badannya panas menyebabkan beliau menghubungi ambulans.
Kata isteri pelakon yang mempunyai ijazah seni lakonan dari NationalUniversity of Dramatic Arts, Sydney, Australia pada tahun 1994 itu,beliau sempat membacakan surah Yassin sebelum Allahyarham meninggaldunia.

``Selepas saya habis membacakan surah Yassin di sisinya, suami sayakelihatan diam tanpa berkata apa-apa, tetapi saya melihat air matanyamengalir. Tidak lama selepas itu barulah beliau meninggal dunia,’’ujarnya.

Allahyarham yang dilahirkan pada 17 Januari 1953 sewaktu hayatnyaterkenal sebagai aktivis teater dan merupakan Presiden Grup Teater ArtsKreatif yang ditubuhkannya pada 1989 dengan aktif berlakon sertamengarahkan teater.

Antara teater lakonan dan arahan beliau berjudul Jebat, Orliana, TheThree Sister, Mac Back, Konvensyen Gila, Pran, Bus Stop dan Orang-OrangKecil, selain turut berlakon filem seperti Mekanik, Hingga Hujung Nyawadan Senario The Movie.

Tambah Kadariyah lagi, sepanjang karier sebagai pelakon, antarakejayaan Allahyarham ialah beliau pernah diangkat sebagai PelakonLelaki Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Kurnia padatahun 1995 dan Esah Swinger (1996).

Malah, Allahyarham juga pernah mengungguli anugerah Pengarah dan Pelakon Teater Terbaik pada 1987 menerusi teater berjudul Pran.

Nasir Ali atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Ali memulakankerjayanya sebagai pelakon teater pada tahun 1974 dan Liku-Liku Hidupmerupakan teater pertama lakonannya yang dipentaskan di Kompleks BudayaNegara (sekarang dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan WarisanKebangsaan) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Drama terbaru lakonan Allahyarham berjudul Alahai Anak Omak danKepadamu Kekasih telah menjalani penggambarannya sebelum bulan Ramadanlalu dan ia akan ditayangkan di televisyen tidak lama lagi
 
Sponsored Post

isolectwar

Active Member
Joined
Jul 5, 2008
Messages
1,832
Reaction score
5
Points
35
al fatihah....
takziah buat ahli keluarga beliau....
 
zamreda

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
al-fatihah.. utk arwah...bnyak lakonannya dlm filem2 dan drama2..
 
Azzah Leeya

Junior Member
Joined
Oct 14, 2008
Messages
51
Reaction score
0
Points
6
takziah buat keluarga Allahyarham...semoga rohnya dicucuri rahmat...
 
uTJoE

Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
1,292
Reaction score
1
Points
25
AL-Fatihah

Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Amin..
 
mybizme

Active+ Member
Joined
Oct 18, 2008
Messages
3,078
Reaction score
17
Points
25
Pelakon Meninggal

Pelakon Nasir Ali meninggal dunia kerana kencing manis
31/10/2008 4:07pm

Oleh ABD. AZIZ ITAR

Nasir Ali

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pelakon teater, drama dan filem yang terkenal dengan watak jahat, Nasir Ali meninggal dunia kerana penyakit kencing manis di kediamannya di Bandar Sri Permaisuri di sini pada pukul 3.45 pagi tadi.

Menurut isteri Allahyarham, Kadariyah Yup, 55, suaminya menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami demam pada awal pagi tadi ekoran penyakit yang dideritainya itu sejak empat tahun lalu.

Allahyarham yang berusia 55 tahun dan berasal dari Taiping dan dibesarkan di Butterworth itu menghidap kencing manis yang serius.

Nasir juga pernah dinasihati oleh doktor agar memotong ibu jari kaki kirinya bagi mengelakkan ia merebak.

``Pada 13 Oktober lalu, arwah telah dibawa ke HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) di Cheras kerana penyakit yang dihidapinya itu. Doktor mencadangkan agar ibu jari kaki kirinya dipotong supaya penyakitnya tidak merebak.

``Tetapi Allahyarham enggan dan keesokan harinya dibenarkan keluar dari hospital tersebut. Sejak saat itu, beliau lebih banyak berehat dan berpantang di rumah,’’ katanya ketika ditemui di kediamannya di Apartmen Cemara di sini.

Jelas Kadariyah, awal pagi tadi, kesihatan Allahyarham yang mempunyai empat orang anak dan dua orang cucu itu semakin tenat apabila keadaan suhu badannya panas menyebabkan beliau menghubungi ambulans.

Kata isteri pelakon yang mempunyai ijazah seni lakonan dari National University of Dramatic Arts, Sydney, Australia pada tahun 1994 itu, beliau sempat membacakan surah Yassin sebelum Allahyarham meninggal dunia.

``Selepas saya habis membacakan surah Yassin di sisinya, suami saya kelihatan diam tanpa berkata apa-apa, tetapi saya melihat air matanya mengalir. Tidak lama selepas itu barulah beliau meninggal dunia,’’ ujarnya.

Allahyarham yang dilahirkan pada 17 Januari 1953 sewaktu hayatnya terkenal sebagai aktivis teater dan merupakan Presiden Grup Teater Arts Kreatif yang ditubuhkannya pada 1989 dengan aktif berlakon serta mengarahkan teater.

Antara teater lakonan dan arahan beliau berjudul Jebat, Orliana, The Three Sister, Mac Back, Konvensyen Gila, Pran, Bus Stop dan Orang-Orang Kecil, selain turut berlakon filem seperti Mekanik, Hingga Hujung Nyawa dan Senario The Movie.

Tambah Kadariyah lagi, sepanjang karier sebagai pelakon, antara kejayaan Allahyarham ialah beliau pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa menerusi drama Kurnia pada tahun 1995 dan Esah Swinger (1996).

Malah, Allahyarham juga pernah mengungguli anugerah Pengarah dan Pelakon Teater Terbaik pada 1987 menerusi teater berjudul Pran.

Nasir Ali atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Ali memulakan kerjayanya sebagai pelakon teater pada tahun 1974 dan Liku-Liku Hidup merupakan teater pertama lakonannya yang dipentaskan di Kompleks Budaya Negara (sekarang dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Drama terbaru lakonan Allahyarham berjudul Alahai Anak Omak dan Kepadamu Kekasih telah menjalani penggambarannya sebelum bulan Ramadan lalu dan ia akan ditayangkan di televisyen tidak lama lagi.
 
L.O.V.E

CG Top Poster Club
Joined
Jul 9, 2007
Messages
28,931

Mrsham

Active+ Member
Paid Membership
Joined
Jul 10, 2007
Messages
3,720
Reaction score
104
Points
43
gambar takde ke tuan tanah? tak kenal laa... tgk muka kenal kot
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register