TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 455,258
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 455,258
- Reaction score
- 37,600
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia
25 JUN 2024
Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka pada pagi Selasa.
MELAKA – Pelakon veteran, Kamaruldzaman Bakar, 62, meninggal dunia di Hospital Melaka di sini pada jam 1.10 pagi Selasa.
Berita itu disahkan anak bongsunya, Haiqal menerusi mesej WhastApp setelah bapanya dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan akibat kanser paru-paru tahap empat.
“Dimaklumkan ayah saya Kamal Bakar telah meninggal dunia… minta jasa baik semua untuk doakan ayah saya,” katanya ringkas.
Allahyarham yang juga kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru selepas solat Zuhur.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Sarinah Shariff dan lima anak termasuk pelakon, Muhammad Hanis, 35.
Sinar Harian pada Sabtu lalu melaporkan Allahyarham berada dalam keadaan tenat sejak dua minggu dirawat di hospital berkenaan.
Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya sulungnya, Muhammad Hanis menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Pada 3 Jun lalu, Kamal telah dikejarkan ke Hospital Melaka selepas keluarganya bimbang dengan perubahan sikap termasuk keadaan kesihatan yang semakin merosot ditunjukkan oleh aktor tersebut.
Susulan itu, Kamal dilapor telah ditidurkan akibat komplikasi paru-paru dan kekurangan oksigen.

Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia
MELAKA - Pelakon veteran, Kamaruldzaman Bakar, 62, meninggal dunia di Hospital Melaka di sini pada jam 1.10 pagi Selasa.Berita itu disahkan anak bongsunya, Haiqal menerusi mesej...
