BTC USD 37,764.8 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelakon Fetty Dzul Meninggal Dunia

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
18.11.2021 - Kuala Lumpur, Pelakon era 1970-an, Fetty Dzul meninggal dunia akibat Covid-19 tahap lima pada usia 63 tahun di Hospital Selayang pagi ini. Berita sedih pemergian Fetty atau nama sebenarnya Fatimah Abd Rahim itu yang terkenal dengan watak antagonis dikongsikan anak arwah dikenali sebagai Ijat. Menurut Ijat, ibunya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut sejak 7 November lalu.

“Semoga Allah mengampuni arwah Mamy dan mengurniakan Jannatul Firdaus kepadanya. Terima kasih di atas semua ingatan dan doa yang baik-baik terhadap arwah Mamy. Kami sekeluarga bagi pihak Mamy ingin memohon maaf sekiranya arwah ada salah silap sepanjang perkenalan dengan semua. Minta halalkan makan, minum dan perbuatan serta tutur kata arwah Mamy Fetty Dzul,” katanya kepada mStar
1637230523571.png

 

CG Sponsors




Top
Log in Register