Pelakon drama pendek YouTube didakwa lakukan pemerasan, buat laporan palsu

CG Sponsors

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
287,498
Reaction score
11,965
Points
2,376
View attachment 330608

KOTA BHARU: Seorang pelakon drama pendek di YouTube didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan pemerasan sehingga mendatangkan ketakutan kepada seorang lelaki dan membuat laporan palsu mengenai kejadian rogol, pada Disember lalu.

Tertuduh, Nor Hafizah Shamsuddin, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan pemerasan kepada seorang lelaki berusia 29 tahun sehingga mendatangkan ketakutan sesuatu bencana iaitu akan melaporkan kepada polis bahawa lelaki itu merogolnya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran nasi kukus di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di sini jam 3 petang pada 19 Disember tahun lalu.

Nor Hafizah didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memberikan maklumat palsu kepada anggota polis bahawa dia dirogol oleh lelaki sama dan seorang lagi lelaki berusia 21 tahun dengan niat agar mereka dikenakan tindakan.

Kesalahan itu dilakukan di kaunter Balai Polis Kubang Kerian jam 12.08 tengah malam pada 20 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin manakala tertuduh diwakili peguam, Riduan Ismail.

Terdahulu, Sharifah Amirda Shasha memohon agar mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 untuk kedua-dua pertuduhan.

Riduan dalam rayuannya meminta jaminan yang minimum kerana anak guamnya seorang seorang suri rumah selain perlu menjaga empat anak berusia 10, lapan, tiga dan dua tahun.

"Suami tertuduh juga hanya berniaga secara kecil-kecilan. Situasi ini amat membebankan anak guam saya lebih-lebih lagi negara kini berdepan dengan penularan wabak COVID-19," katanya.

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM2,500 untuk pertuduhan pertama dan RM1,000 bagi pertuduhan kedua masing-masing dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 21 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Apa nama tajuk drama pendek dia berlakon tu
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
boleh tak mcm ni
pompuan tu main ngn laki tu secara sukarela..
ada krisis, pompuan tu ugut nk caj laki tu rogol dia..
laki tu buat report..
tn nokia,
1.perempuan dan lelaki tu main secara sukarela, perempuan tu consent. perempuan tu cukup umur
2.perempuan tu ugut nak caj lelaki tu rogol dia.
3.lelaki tu buat repot

kita nak tanya, seberapa serius ugutan perempuan tu terhadap lelaki tu, adakah ugutan tu sehingga mendatangkan trauma pada lelaki tu
contoh ugut nak duit, atau ugut nak dedahkan privasi pada public sehingga mendatangkan ancaman pada lelaki tu, meletakkan lelaki tu dlm situasi yg sulit dan sukar

jika tak berapa serius dan perempuan tu takde betul betul buat polis repot kata lelaki tu rogol, sepatutnya in the first place, lelaki tu usah buat repot polis dulu
sebab klu lelaki tu buat repot polis dan dia muslim, dia dah mengaku yg dia buat hubungan out of wedlock. ni dah dedah keaiban sendiri
pastu tetiba perempuan tu nafi, katanya mana ada dia sebut lelaki tu rogol dia. kat sini, aib perempuan tu juga terdedah

kot nanti ada yg kena ziarah dek penguatkuasa jabatan/majlis undang undang syariah atas kesalahan hubungan zina

lelaki tu perlu buat report setelah perempuan tu buat repot kata dia dirogol
selagi perempuan tu belum buat polis report, jadi lelaki tu jangan buat report

jika perempuan tu mengugut kata dirogol, dan ugutan tu beserta nak duit atau barang berharga, dan jika amat serius tindakan perempuan tu, maka lelaki tu failkan polis report atas sebab perempuan tu blackmail dia

jika perempuan tu buat polis repot kata dirogol, maka lelaki tu balas buat report kata perempuan tu buat tuduhan palsu

gitu dulu utk peringkat pertama..
 
akukuli

Active Member
Joined
Oct 17, 2013
Messages
2,329
Reaction score
91
Points
35

Panduan yg bagus utk kaki betine di luar sana....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register