BTC USD 34,159.8 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar UiTM diugut bunuh

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
SHAH ALAM - “Saya terlalu trauma dengan kejadian dirompak dan sehingga hari ini saya seolah-olah dihantui perasaan sendiri apabila merasakan tiga perompak yang tidak bertopeng itu masih ada di dalam bilik asrama saya.

“Begitulah ketakutan yang dialami Sollehin Adnan, 20, selepas diikat kaki dan tangan serta diugut bunuh dalam kejadian rompakan di bilik asramanya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, pukul 11.40 pagi kelmarin.

Turut bersama Sollehin yang merupakan pelajar tahun dua jurusan perubatan ialah tiga lagi rakannya.

Malah menurut pelajar itu, perasaan takut dan cemas akan datang semula apabila dia terpandang kesan luka pada lehernya akibat diacukan pisau oleh salah seorang penjenayah.

“Memang saya trauma sangat kerana peristiwa hitam yang berlaku pada siang hari itu amat menakutkan kerana ia boleh meragut nyawa saya dan tiga lagi rakan lain,” katanya ketika ditemui Kosmo! di asrama lelaki UiTM di sini semalam.

Lebih teruk cerita Sollehin, dia masih terbayang-bayangkan seorang rakannya berlumuran darah di muka akibat dikelar penjenayah.

“Saya tak pasti kenapa kawan saya itu dikelar, mungkin disebabkan dia bangun daripada katil walaupun diarahkan mendiamkan diri,” ujarnya.

Menceritakan kejadian itu, Sollehin memberitahu, dia dan tiga lagi rakannya semasa itu masih nyenyak tidur di katil masing-masing sebelum tiga lelaki dipercayai orang luar menyusup masuk ke bilik mereka yang tidak berkunci.

“Saya adalah orang pertama yang bangun tidur kerana dikejutkan dengan bunyi deringan telefon milik saya yang diletakkan di bawah katil.

“Dengan mata tertutup saya raba telefon di bawah katil dan bawah bantal tetapi tidak ada lalu dalam keadaan masih mamai saya berjalan ke bahagian loker di bahagian sudut bilik,” ujarnya.

Katanya, ketika sampai di bucu loker, dia terkejut melihat ada tiga lelaki memakai jaket berwarna coklat dengan salah seorangnya kepala botak bersembunyi di belakang loker.

“Selepas perompak sedar saya nampak mereka, mereka terus tangkap saya dan acukan pisau ke leher dan meminta saya diam.

“Dalam masa sama, tiga lagi rakan saya tersedar daripada tidur selepas mendengar bunyi bising dan mereka juga diarahkan diam dan diminta hanya memandang tepat ke lantai atau diugut bunuh,” jelasnya.

Katanya, dia dan tiga lagi rakan diikat kaki dan tangan menggunakan tali leher, tali pinggang, wayar elektrik dan tali skipping.

“Dalam masa kira-kira 10 minit, tiga perompak menggeledah loker yang tidak berkunci dan membawa lari satu komputer riba, lima telefon bimbit, wang tunai termasuk duit kelas lebih RM300, dua dompet dan satu jam tangan,” jelasnya.

Sumber : Kosmo
 
Sponsored Post

ForexGirl

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
3,022
Reaction score
30
Points
30
ape ce la ka punye org la..
xder perikemanusiaan tol..
 

diablo

Active+ Member
Joined
May 18, 2007
Messages
3,639
Reaction score
10
Points
25
Jadah tul . Tak ke nk masuk uitm tu pakgad jaga kt laluan masuk tu . Tu la main lepas je suma bole masuk ada sticker x dk sticker main angkt tgn je lepas . Haprak je jaga ka apa lagu ni .
 

ikscentre

Super Active Member
Joined
Jun 14, 2008
Messages
7,905
Reaction score
1
Points
65
sesape pun akn trauma klu kena cmtuh..
 

miXxer

Legendary Member
Joined
Nov 12, 2007
Messages
13,252
Reaction score
63
Points
120
kesian bebudak ni.. x psl2 jd phobia plak..
 

pedagang cyber

Active+ Member
Joined
Mar 28, 2007
Messages
2,961
Reaction score
19
Points
25
masyaallah memang celaka betul la si perompak tu...dah la merompak siap cederakan mangsa lagi..
 

MaMuk

Active+ Member
Joined
Sep 10, 2007
Messages
3,627
Reaction score
16
Points
25
kawan aku kat shah alam pun pernah kena.

yg aku heran... kesan cop jari bersepah2, muka pun boleh cam...tapi sampai sekarang polis tak tangkap pun dia orang lagi. sebab tu aku rasa dia orang sambung mengganas balik.
 

zinedine

Banned
Joined
Jan 11, 2007
Messages
5,741
Reaction score
22
Points
65
kawan aku kat shah alam pun pernah kena.

yg aku heran... kesan cop jari bersepah2, muka pun boleh cam...tapi sampai sekarang polis tak tangkap pun dia orang lagi. sebab tu aku rasa dia orang sambung mengganas balik.

Alaaaa bro. mangsa tu bebudak hingusan jer bro. Setakat rompak sikit2 jer, takde hal punya. Takkan itu pun polis nak ambik pot. Lain la kalau melibatkan penyokong pembangkang ke, pemimpin pembangkang ke. Polis confirm cepat jer bertindak. Puak UTK & SB masuk campur sekali. Setakat aduan bebudak U hingusan cam ni, polis buang ketepi jer!!!!

Sendiri mau faham la brader.
 

bojed

Active Member
Joined
Oct 31, 2007
Messages
1,930
Reaction score
25
Points
30
Patut la masa aku masuk uitm nak jumpa client semalam ada roadblock kat dalam tu.

Kira ada 2 tapisan securities la: satu kat gate, satu lg kat jalan dalam. Aku rasa menghala ke menara pun ada gak kut.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register