Pelajar UIA hasil logo terbesar guna donat

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136





KUALA LUMPUR - Penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBR) apabila berjaya menghasilkan logo universiti itu menggunakan 19,300 biji donat.

Wakil MBR, Zulhairi Md Zin berkata, UIAM merupakan universiti pertama di negara ini mencipta logo terbesar bersaiz 10 meter x 10.2 meter dengan menggunakan donat dalam kuantiti yang banyak.

"Ini merupakan iktiraf rekod terbaharu dan pertama kali di Malaysia buat logo gunakan donat, pengiktirafan ini diberikan berdasarkan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MBR sendiri," katanya pada majlis penyampaian sijil pengiktirafan MBR di sini hari ini.

Acara itu, yang dinamakan 'Doughnut of Hope' merupakan program bersifat kebajikan untuk membantu anak yatim dengan memberi harapan yang disimbolikkan menerusi pemberian donat, menurut Pengarah Eksekutif Karnival Majlis Perwakilan Pelajar UIAM Muhammad Faris Zaidi.

Beliau berkata, kira-kira 400 pelajar mengambil bahagian dalam program itu yang diadakan sempena Karnival SRC (Student Representative Council Carnival) yang diadakan sejak Isnin lepas dan berakhir hari ini.

Projek tersebut diadakan dengan kerjasama Ummis Homemade Bakery yang memasak donat ini, dan dihias dengan coklat serta disusun oleh para pelajar itu, katanya.

Beliau berkata, donat tersebut akan diagihkan ke rumah anak yatim sekitar Lembah Klang antaranya seperti Asrama Damai, Taman Pendidikan Anak-anak Yatim Darul Kifayah dan Pertubuhan Penyayang Raudhah termasuk diagihkan kepada pelajar, pensyarah dan staf universiti.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM Datuk Dr Mizan Hitam. - Bernama




sumber:http://www.sinarharian.com.my/pelajar-uia-hasil-logo-terbesar-guna-donat-1.149938
 
Last edited:
Sponsored Post

Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
achievement untuk sebuah universiti?

logo?

donat?
 

Lancelot

Super Active Member
Joined
Jan 21, 2010
Messages
6,535
Reaction score
9
Points
65
donat?? apasal la orang suka main dengan barang makanan ni
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,670
Reaction score
21,084
Points
1,671
tggu nak siap, tggu nak bg sijil..smpai masa nak ngap dah basi haha
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
279
Points
131
dah terdedah camtu pastu bagi orang??erk
 

honda_primo

Banned
Joined
Nov 10, 2007
Messages
5,761
Reaction score
25
Points
75
buat ler benda berpaedah skittt...yg ilmiah skitt adoyai...smua nk msk master chef kot
 

balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
tu le gaknya pencapaian pelajar2 UIA ni yang boleh diharap.
 

joe_naga

Active Member
Joined
Mar 27, 2012
Messages
2,246
Reaction score
3
Points
25
pastu dia mkn ke x donat tu?
kalo aku,aku x.mkn :))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register