BTC USD 25,746.8 Gold USD 1,960.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar tingkatan dua maut kemalangan

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,998
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,998
Reaction score
588
Points
121
Pelajar tingkatan dua maut kemalangan
FB_IMG_1676552792238.jpg

HULU TERENGGANU – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut setelah motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 4, Jalan Bukit Perah-Kampung Kuala Kejir berhampiran Kampung Jak di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 8.05 pagi itu, mangsa, Muhammad Muith Multazam Mohd. yang merupakan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsan Ajil meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan patah kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan berkata, sewaktu kejadian, motosikal jenis Honda C100 ditunggangi remaja berkenaan dikatakan telah keluar simpang secara tiba-tiba.

“Sebuah kenderaan pacuan empat roda, Ford Ranger dipandu seorang penolong pegawai pertanian berusia 58 tahun gagal mengelak lalu merempuh motosikal tersebut dan menyebabkan mangsa tercampak jatuh sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian,” katanya di sini hari ini.

Hasmerra berkata, pemandu kenderaan Ford Ranger yang merupakan lelaki berusia 58 tahun terselamat tanpa kecederaan, manakala mayat Muhammad Muith Multazam telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register