BTC USD 64,324.0 Gold USD 2,320.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar SPM bangga tayang keputusan Gagal ikut ‘trend Nobita’

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,240
Top Poster #9
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,240
Reaction score
6,252
Points
881
Awards
1
Pelajar SPM tayang keputusan Gagal ikut ‘trend Nobita’


Tangkap layar video TikTok yang memaparkan keputusan ‘straight G’ milik seorang pelajar yang mengikuti trend Nobita di aplikasi TikTok.

PETALING JAYA – Segelintir pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sanggup ‘menayang’ keputusan teruk semata-mata ingin mengikuti ‘trend Nobita’ yang kini sedang popular di laman TikTok.

Pelajar yang ingin mengikut trend berkenaan akan menggunakan suara Nobita, satu karakter terkenal dalam animasi Jepun, Doraemon, diikuti dengan gambar keputusan SPM masing-masing.

Tinjauan Kosmo! di aplikasi TikTok mendapati, pelajar-pelajar ini kebanyakannya gagal setiap mata pelajaran atau tidak hadir peperiksaan.

Bagaimanapun, netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap pelajar-pelajar ini yang seakan-akan berbangga mendapat gred G bagi hampir semua subjek.

Menurut @aisyah, dia berpendapat pelajar yang mendapat ‘straight G’ ini sebenarnya bukan tidak pandai, tetapi malas berusaha dan datang mengambil peperiksaan semata-mata tidak mahu keputusan mereka tertulis tidak hadir.

“Orang yang ikut trend Nobita tapi masih ada mata pelajaran yang dapat A, B atau C ini tak apa lagi. Tapi kalau semua G apa hendak jadi,” katanya.

Menurut @Dakmi04 pula, sia-sia sahaja tayang keputusan semua gagal kerana pada akhirnya, kaum wanita akan tertarik kepada lelaki berduit.

Menurutnya, rezeki tidak ada kaitan dengan keputusan SPM asalkan rajin berusaha.

“Saya pejuang ringgit. Masa saya minta kerja pertama, semua tempat tanya saya ada pengalaman atau tidak, bukannya keputusan SPM saya.

“Sijil memang penting tetapi itu tidak menjamin kerja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post

Trend yg x sihat...

Sebenarnya zaman dah berubah.

Org dah x pandang sijil2 sekolah.

Benda bole repeat.

IPTS pun kalau ada duit, terima je student yg gagal2 ni.

Bagi aku zaman skrg ni, jenis x tau malu memang akan berjaya dalam hidup.

Duit skrg senang cari. Niaga burger pelik2 , viralkan kat tiktok mesti laku.

Jgn tanya aku knp x kaya. Sebab aku pemalu.
 
den nasihat kek anak2, korang ado pilihan utk bina hidup & kerjaya samada lalu jalan dibawah;
1. universiti pendidikan formal yg dapek sijil pgkt melalui diploma, ijazah, master, phd & pilih kojo mkn gaji , atau
2. universiti kehidupan informal yg cumo ado sijil lulus sekolah ajo & lps spm carik pengalaman kojo dari bwh jdi kuli naik pelan2 ke atas sampai blh jd manager atau taukeh buek bisnes sendiri

its up to you!

pengalaman den blajar yo sampai diploma, then pglmn kojo 10thn jadi kuli kpd 3 sykt swasta (melayu & cina), brenti kojo & stat bisnes sndiri sampai skg alhamdulillah syukur cukup mkn minum utk famili
 
Pelajar SPM tayang keputusan Gagal ikut ‘trend Nobita’


Tangkap layar video TikTok yang memaparkan keputusan ‘straight G’ milik seorang pelajar yang mengikuti trend Nobita di aplikasi TikTok.

PETALING JAYA – Segelintir pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sanggup ‘menayang’ keputusan teruk semata-mata ingin mengikuti ‘trend Nobita’ yang kini sedang popular di laman TikTok.

Pelajar yang ingin mengikut trend berkenaan akan menggunakan suara Nobita, satu karakter terkenal dalam animasi Jepun, Doraemon, diikuti dengan gambar keputusan SPM masing-masing.

Tinjauan Kosmo! di aplikasi TikTok mendapati, pelajar-pelajar ini kebanyakannya gagal setiap mata pelajaran atau tidak hadir peperiksaan.

Bagaimanapun, netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap pelajar-pelajar ini yang seakan-akan berbangga mendapat gred G bagi hampir semua subjek.

Menurut @aisyah, dia berpendapat pelajar yang mendapat ‘straight G’ ini sebenarnya bukan tidak pandai, tetapi malas berusaha dan datang mengambil peperiksaan semata-mata tidak mahu keputusan mereka tertulis tidak hadir.

“Orang yang ikut trend Nobita tapi masih ada mata pelajaran yang dapat A, B atau C ini tak apa lagi. Tapi kalau semua G apa hendak jadi,” katanya.

Menurut @Dakmi04 pula, sia-sia sahaja tayang keputusan semua gagal kerana pada akhirnya, kaum wanita akan tertarik kepada lelaki berduit.

Menurutnya, rezeki tidak ada kaitan dengan keputusan SPM asalkan rajin berusaha.

“Saya pejuang ringgit. Masa saya minta kerja pertama, semua tempat tanya saya ada pengalaman atau tidak, bukannya keputusan SPM saya.

“Sijil memang penting tetapi itu tidak menjamin kerja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

ni geng zanuar dalam cg... ko ada sijil diploma degree selamba je dia kutuk... kata miskin..ahahahaha
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register