BTC USD 63,621.8 Gold USD 2,328.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar Saman Guru Adalah Budaya Barat, Beri Implikasi Negatif Pendidikan Negara - NUTP

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,377
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,377
Reaction score
6,493
Points
916
Awards
1
14.05.2023 - Kuala Lumpur, Tindakan bekas pelajar di Sabah menyaman seorang guru yang didakwa tidak hadir ke kelas selama tujuh bulan bakal memberikan implikasi negatif terhadap perkhidmatan pendidikan di dalam negara, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon berkata, langkah diambil itu tidak seharusnya dibudayakan di Malaysia kerana terdapat sistem aduan sedia ada boleh digunakan ibu bapa dan pelajar bagi mengatasi isu tersebut tanpa membawanya ke mahkamah.​

2069482.jpg

"Bagi saya ini suatu yang malang dan kia tidak mahu membudayakan budaya ini di Malaysia. Bagi saya ini budaya Barat yang nak dibawa ke Malaysia dan ia tidak harmoni untuk guru dan pelajar," katanya kepada Majoriti.

Setelah beberapa kali ditangguhkan, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bakal mendengar perbicaraan kes saman difailkan seorang bekas pelajar dari Kota Belud pada 2018 terhadap guru bahasa Inggerisnya yang didakwa ponteng kelas selama tujuh bulan pada 2015. Perbicaraan ditetapkan selama lima hari dari 15 Mei ini hingga 19 Mei di hadapan hakim, Datuk Ismail Brahim. Siti Nafirah Siman memfailkan saman terhadap bekas guru bahasa Inggerisnya pada 30 Oktober 2018. Dinamakan sebagai defendan di dalam proses pendakwaan itu ialah Guru Bahasa Inggeris SMK Taun Gusi, Mohd Jainal Jamran, mantan pengetua Suid Hanapi, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah Pendidikan Sabah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Kerajaan Malaysia.

Mengulas mengenai kes tersebut, Fouzi berkata, sekiranya dakwaan dibuat bekas pelajar itu benar, aduan sepatutnya dibuat semasa isu tersebut berlaku dan bukannya menunggu sehingga mereka menamatkan pengajian di sekolah terbabit bagi membawa kes tersebut di mahkamah. Jelas beliau, terdapat juga beberapa saluran alternatif lain boleh digunakan ibu bapa dan pelajar sekiranya pihak sekolah tidak mengambil endah berkenaan semasa aduan dilakukan.

"Kalau kata pihak guru besar tak ambil tindakan, dia boleh mengadu kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Kalau tak puas hati juga, mengadu kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Kemudian jika masih juga tak puas hati, mengadu kepada unit integriti kementerian pendidikan," ujarnya.
2069411.jpg

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah ditetapkan selama lima hari dari 15 Mei ini hingga 19 Mei di hadapan hakim, Datuk Ismail Brahim

Katanya, meskipun mengakui guru juga kadang kala terdedah melakukan kesilapan, pihak terbabit tidak sepatutnya mengambil masa yang panjang untuk membuat aduan ataupun tindakan terhadap masalah yang berlaku.

"Kalau tujuh bulan tidak masuk, baru nak buat aduan, ia seperti dah terlalu lewat. Sebabnya kalau tujuh bulan tak masuk sepatutnya sudah kena buang kerja, Kalau betullah dakwaan tersebut. Di atas meja saya pun ada banyak aduan berkaitan kehadiran dan sebagainya, tidak payah tujuh bulan, dua minggu pun dah boleh kena tindakan," ujarnya.

Fouzi berkata, sepanjang berkhidmat 32 tahun bersama NUTP, kesatuan tersebut tidak pernah berhadapan isu membabitkan guru disaman murid akibat ponteng dan kes di Sabah itu adalah pertama kali berlaku dalam sistem pendidikan negara.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2023...ri-implikasi-negatif-pendidikan-negara---nutp
 
Sponsored Post

Saman: Guru disaran tingkat kefahaman undang-undang

May 13, 2023

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyarankan agar para guru meningkatkan kefahaman tentang literasi undang-undang membabitkan sektor pendidikan susulan trend kenaikan saman terhadap mereka yang meningkat sejak dua tahun lepas.

Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pihaknya telah menerima aduan saman terhadap guru berhubung beberapa isu berkaitan perkhidmatan, isu mengajar, menjalankan kokurikulum serta menguruskan sekolah dan setakat Mei ini lapan aduan telah diterima oleh organisasi berkenaan.

“Dalam hal ini kami di NUTP mengharapkan literasi undang-undang akan dipertingkatkan kepada guru kerana mungkin mereka (guru) kurang memahami undang-undang dan batas-batas yang seorang guru tidak boleh lakukan dalam kaitan perundangan.

“Dan pihak kami pun sedar sekiranya seseorang guru itu disaman, untuk mendapatkan khidmat guaman di luar pun cukup tinggi dan ada kemungkinan sampai tahap guru ini tidak mampu membiayai jumlah kos perbicaraan tersebut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka NUTP 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata di NUTP mereka ada menyediakan khidmat guaman kepada ahlinya, namun akan melihat kepada isu yang berkaitan sahaja dan dana ini diperoleh daripada tabung tindakan perusahaan di bawah organisasi tersebut.

“Jadi apa yang saya lihat yang boleh dilakukan adalah di peringkat maktab atau Institusi Pendidikan Guru (IPG) boleh diberikan kursus tentang undang-undang bagi mengelakkan mereka (guru) ini disaman apabila berkhidmat di sektor pendidikan nanti. Kandungan perkara yang patut diajar kepada bakal guru diberikan lebih berkaitan undang-undang.

“Perkara ini juga perlu disebarluaskan kepada mereka (guru) yang sudah berada dalam sektor pendidikan. Cuma setakat ini, kursus ini hanya pilihan dan ditawarkan di beberapa institusi sahaja serta jumlahnya pun terhad,” katanya. – BERNAMA
 
'Pengetua Arah Pelajar Tulis Surat Pujuk Cikgu Ponteng'

15.05.2023 - Seorang bekas pelajar yang menyaman gurunya kerana didakwa ponteng kelas memberi keterangan hari ini bahawa dia dan rakan sekelasnya diarahkan oleh pengetua sekolah untuk menulis surat memujuk guru itu kembali. Semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya Shireen Sikayun, Siti Nafirah Siman, 23, memberitahu Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu, pengetua berkenaan memberitahu kelas bahawa surat itu adalah surat aku janji.

"Pengetua cakap ini adalah surat aku janji kamu di mana kamu meminta maaf kepada Cikgu Jainal JJ dan membuat dia masuk ke kelas mengajar semula".

Ketika ditanya peguamnya, Siti Nafirah berkata surat itu tetapi terpaksa ditulisnya di bawah tekanan kerana mereka memerlukan guru Bahasa Inggeris untuk peperiksaan akhir yang bakal tiba ketika itu.

6c9a45948698e1472d56090860472841.jpg

Dalam kenyataan saksinya, Siti Nafirah mendakwa Jainal mula ponteng kelas selepas rakan sekelas Mohd Fauzi Mul dikatakan telah menyebut perkataan atau melakukan sesuatu yang menimbulkan kemarahan guru tersebut. Siti Nafirah percaya keengganan Jainal untuk mengajar di kelasnya merupakan satu bentuk hukuman yang dikenakan oleh guru itu. Sehubungan itu, pengetua itu juga dikatakan meminta Siti Nafirah dan rakan sekelasnya menulis surat permohonan maaf dan mengakui Jainal berhenti mengajar kelas itu kerana salah laku mereka. Mereka terpaksa akur dan menulis surat itu kerana takut serta terdesak untuk mendapatkan semula guru bahasa Inggeris itu.

ffb3bfcb0b4b1c00c089b77093d3212d.jpg

Jainal kembali mengajar dua minggu selepas surat itu ditulis, tetapi hanya seminggu sebelum peperiksaan akhir bermula. Sementara itu, Siti Nafirah juga memberitahu mahkamah bahawa terdapat bukti ketidakhadiran Jainal dalam bentuk buku kehadiran kelas, yang ditandatangani guru sebelum tamat setiap pengajaran dan digunakan untuk merekod kehadiran mereka. Dia mendakwa melihat sendiri kandungan buku rekod itu, yang jelas menunjukkan ruangan untuk pelajaran Bahasa Inggeris Jainal hanya ditandatangani dari Januari hingga Februari 2015 dan dibiarkan kosong dari awal Mac hingga seminggu sebelum peperiksaan akhir. Dia berkata buku itu disimpan oleh pihak sekolah dan permintaannya untuk mendapatkan buku itu melalui peguamnya telah gagal.

620ef31ccdc868bdd4e940eae6f6c3ce.jpg

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam kanan persekutuan Mohd Hafizi Abdul Halim, Siti Nafirah berkata antara kerosakan yang dialaminya dan rakan sekelasnya ialah mereka tidak dapat memperoleh pendidikan yang baik, dan terpaksa memperuntukkan masa di Tingkatan 5 untuk belajar semula sukatan pelajaran Tingkatan 4 yang mereka keciciran. Dia juga mendakwa berdepan ugutan selepas memfailkan saman sivil terhadap bekas gurunya itu. Dia berkata ia bermula dengan dua pegawai sekolah cuba memujuknya untuk menarik balik samannya itu. Tidak lama kemudian, sebuah van putih dikatakan muncul di luar rumahnya untuk mengambil gambar di sekitar kawasan itu. Apabila peguam persekutuan bertanya jika dia telah melaporkan kejadian itu, Siti Nafirah berkata tiada laporan polis dibuat dan sebaliknya dia telah membuat laporan kepada SPRM.

4c6552d86140c90ace7828ef4af7d713.jpg

Tiada bukti laporan itu dikemukakan di mahkamah. Siti Nafirah merupakan pelajar kelas 4 Perdagangan (4PD) di SMK Taun Gusi pada 2015. Pada 30 Okt 2018, dia memfailkan saman terhadap gurunya Jaimal kerana dikatakan ponteng kelas selama tujuh bulan pada 2015. Selain Jainal, dia juga menamakan Suid (atas kapasitinya sebagai pengetua sekolah), SMK Taun Gusi, pegawai pendidikan daerah Kota Belud, pengarah pendidikan Sabah, ketua pengarah pelajaran, menteri pendidikan, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan. Dia mendakwa defendan pertama (Jainal) telah gagal untuk menghadiri serta mengajar pelajaran Bahasa Inggeris, dan semasa ketiadaannya, defendan kedua (Suid) gagal mengambil langkah munasabah untuk memastikan defendan pertama mengajar pelajar 4PD, kerana mengetahui kegagalan itu akan berlaku.

Ini, katanya mengakibatkan pelajar 4PD tidak bersedia untuk peperiksaan yang ditetapkan oleh atau di bawah Akta Pendidikan 1996. Oleh itu, plaintif memohon, antara lain, pengisytiharan bahawa defendan pertama, kedua, keempat, kelima, ketujuh, dan kelapan telah melanggar kewajipan berkanun mereka di bawah Akta Pendidikan dengan gagal memastikan dia telah diajar bahasa Inggeris dari Februari 2015 hingga Oktober 2015 dan dengan itu gagal menyediakannya untuk peperiksaan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan.

3e46fba0074d5f20fdf86317d83e2c55.jpg

Siti Nafirah juga memohon pengisytiharan bahawa defendan pertama, kedua, keempat, kelima, ketujuh, dan kelapan telah melanggar kewajipan mereka di bawah Peraturan 3C, 25, 26 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, dan pengisytiharan bahawa tindakan oleh defendan pertama, kedua, keempat, kelima, ketujuh, dan kelapan merupakan salah laku dalam jawatan awam. Selanjutnya, dia meminta pengisytiharan bahawa defendan pertama, kedua, keempat, kelima, ketujuh, dan kelapan telah melanggar hak perlembagaannya untuk pendidikan yang dijamin di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Perkara 12, serta pampasan, kos, dan apa-apa pelepasan lanjut dan perkara lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Siti Nafirah diwakili peguam Shireen, manakala peguam kanan persekutuan Mohd Hafizi mewakili defendan dengan bantuan peguam persekutuan Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir.

Perbicaraan di hadapan hakim mahkamah tinggi Ismail Brahim akan bersambung esok.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/665272
 
menarik kes ni
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register