BTC USD 67,064.4 Gold USD 2,330.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar ponteng sekolah sebab takut kena saman tiada lesen

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,130
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,130
Reaction score
6,249
Points
881
Awards
1
Pelajar ponteng sekolah sebab takut kena saman tiada lesen


Sasikala (tiga dari kanan) menyerahkan lesen L kepada pelajar terpilih mengikuti Program Prihatin Lesen Memandu Murid Sekolah Parlimen Petaling Jaya 2023 di Dewan Terbuka SMK Taman Medan, Petaling Jaya, hari ini.
PETALING JAYA – Kebanyakan pelajar memilih untuk tidak hadir ke sekolah gara-gara takut disaman oleh pihak berkuasa disebabkan tiada lesen menunggang motosikal secara sah.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, pihaknya memahami situasi sesetengah ibu bapa yang terpaksa membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal ke sekolah tanpa lesen disebabkan kekangan waktu bekerja atau atas urusan kecemasan lain.

Katanya, menerusi Ops Didik yang telah dijalankan, terdapat pelbagai kesalahan trafik melibatkan pelajar sekolah termasuklah tiada lesen memandu, lesen kenderaan tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak ikut peraturan, dan tiada cermin sisi.

“Mengambil kira senario tersebut, inisiatif diambil untuk mewujudkan Program Prihatin Lesen Memandu Murid Sekolah Parlimen Petaling Jaya 2023 melibatkan kerjasama di antara Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, Parlimen Petaling Jaya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor.

“Selain itu, turut melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama, Institut Memandu Safety Driving Centre Sdn Bhd serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Dato Harun dan SMK Taman Medan,” katanya ketika berucap di Program Prihatin Lesen Memandu Murid Sekolah Parlimen Petaling Jaya 2023 di sini, hari ini.

Menurut Sasikala, kos keseluruhan program tersebut adalah RM17,000 dengan tajaan RM159 bagi setiap calon terpilih merangkumi 100 orang peserta untuk mendapatkan lesen L (lesen memandu percubaan) yang sah.

“Tujuan program diadakan untuk memastikan pelajar SMK Taman Dato Harun dan SMK Taman Medan mempunyai lesen menunggang motosikal yang sah, jadi mereka tidak perlu takut untuk datang ke sekolah dengan motosikal.

“Seramai 44 orang pelajar dari setiap sekolah dan 12 orang lagi adalah anak-anak warga IPD Petaling Jaya berumur 16 tahun dan 17 tahun,” jelasnya.

Tambah Sasikala, Ops Didik yang dijalankan di daerah ini sejak Januari sehingga kini menyaksikan sebanyak 490 saman pelbagai kesalahan telah dikeluarkan melibatkan pelajar dari SMK Taman Dato Harun dan 199 saman diberikan kepada pelajar SMK Taman Medan.

Dalam pada itu, Sasikala berpendapatan bahawa Ops Didik dilakukan adalah bukan untuk menakutkan para pelajar, malah ia dilaksanakan bagi mendidik dan memberi pengetahuan kepada mereka tentang undang-undang jalan raya. ⁠- KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register