Pelajar perempuan dakwa dipukul guru kerana minyak wangi

CG Sponsors




sekam padi

Super Active Member
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,899
Reaction score
252
Points
91
KULIM 8 Feb. – Seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah (SM) Lubuk Buntar dekat sini mendakwa dipukul seorang guru lelaki semasa dalam kelas pagi semalam kerana bertanya sama ada guru itu memakai minyak wangi.

Pelajar berusia 13 tahun itu berkata, dia mengalami bengkak pada bahagian kepala akibat diketuk dengan tangan dan dihentak dengan buku teks, dan telah mendapat rawatan di Hospital Parit Buntar.

"Semasa cikgu sedang menulis di papan hitam, cikgu bertanya ada sesiapa dalam kelas yang memakai minyak wangi dan tiada siapapun yang mengaku, dan saya kemudiannya bertanya adakah cikgu memakai minyak wangi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Gula dekat sini hari ini.

Pelajar itu berkata, guru terbabit marah dengan pertanyaan beliau dan menghentak kepalanya dengan buku teks sebelum mengetuk kepalanya dengan tangannya.

Katanya, setelah pulang ke rumah pada 3 petang, dia mengadu kepada bapanya, Zakaria Mamat, 50, yang membawanya ke Klinik Kesihatan di Bagan Samak di sini sebelum dibawa ke Hospital Parit Buntar.

Zakaria pula berkata, beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu malam tadi. – Bernama
 
Sponsored Post

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
ketuk ngan buku teks boleh bengkak kepala ke?rajin je dulu aku nengok cikgu aku buat mcm tu termasuk kat aku.rilex je takde luka apa pun.huhu
 

mokhaini

Active+ Member
Joined
Sep 24, 2009
Messages
3,094
Reaction score
13
Points
25
kesian ... kerana cikgu tu dtg period ... habis satu kelas kena marah ... terutama budak tu ...
 

mokhaini

Active+ Member
Joined
Sep 24, 2009
Messages
3,094
Reaction score
13
Points
25
ketuk ngan buku teks boleh bengkak kepala ke?rajin je dulu aku nengok cikgu aku buat mcm tu termasuk kat aku.rilex je takde luka apa pun.huhu
he he he .. boleh ... sebab aku dah kena .... kalau buku teks tu berkulit keras dan dipukul dgn tulang buku yg tepi .....
 

eishen

Active+ Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
ala ckit je pn..ketuk2 je...
manja..hahahhaha
 

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
he he he .. boleh ... sebab aku dah kena .... kalau buku teks tu berkulit keras dan dipukul dgn tulang buku yg tepi .....
kalau kne tulang tepi tu dah rasa mcm kne batu dah..silap aribulan retak kepala.:D
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,340
Reaction score
430
Points
131
ehm...buku teks? ehm.... kuat ke cikgu tu pukul
 

Storyday

Active Member
Joined
Dec 9, 2007
Messages
2,406
Reaction score
13
Points
25
buku teks, dan diketuk ngn tgn ler. mmg la bengkak.
yg cikgu pun emo apsal.
 

kokorez

Active+ Member
Joined
Jan 15, 2006
Messages
3,105
Reaction score
35
Points
30
kesian ... kerana cikgu tu dtg period ... habis satu kelas kena marah ... terutama budak tu ...
aku lagi sian cikgu tue.. dah la laki kene period lak.. wahahaaa :p
 
Sponsored Post
Top
Log in Register