Pelajar Meninggal Dunia Sejurus Sebelum SPM Bermula

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Pelajar Meninggal Dunia Sejurus Sebelum SPM Bermula

KULAIJAYA, 23 Nov (Bernama) -- Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika sesi taklimat sejurus sebelum mula menduduki peperiksaan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang, dekat Ledang di Muar, hari ini.

Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran berkata Hazizul Hasah, 17, telah mengadu sukar bernafas kepada pengawas peperiksaan sebelum dibawa keluar dari dewan peperiksaan dan ditempatkan di bilik rehat.

"Pihak pentadbiran sekolah menghubungi ambulans, bagaimanapun, pelajar lelaki itu disahkan sudah meninggal dunia selepas 10 minit pegawai perubatan tiba di sekolah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat calon SPM Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura pada hari Selasa.

Peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia bermula hari ini.

Markom berkata Hazizul dipercayai menghidap penyakit jantung.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Hazizul.

Di Kluang, seorang lagi calon SPM meninggal dunia pada 4 petang semalam akibat penyakit buah pinggang.

Mohd Fazli Yusop, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Belitong, dekat Kluang, meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan dialisis di Hospital Sultanah Aminah di Johor Baharu.

Markom berkata seramai 56,203 calon SPM dari 243 sekolah di Johor menduduki SPM kali ini.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,631
Reaction score
258
Points
91
al fatihah dan takziah kepada keluarga arwah!!
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
al fatihah
 

aBe_kun89

Active Member
Platinum Member
Joined
Jun 24, 2010
Messages
2,309
Reaction score
43
Points
35
bukan rezeki dia di dunia..rezeki di akhirat insyaAllah..
 

azlalchedin

Banned
Joined
Apr 2, 2006
Messages
2,436
Reaction score
228
Points
33
al fatihah ....
muda lagi dah mati ...

kepada kita yg masih hidup ni .... beringat-ingat la ...
 

azlalchedin

Banned
Joined
Apr 2, 2006
Messages
2,436
Reaction score
228
Points
33
al fatihah ....
muda lagi dah mati ...

kepada kita yg masih hidup ni .... beringat-ingat la ...
 

farez

Fun Poster
Joined
Dec 13, 2006
Messages
673
Reaction score
0
Points
10
al-fatihah dan takziah kepada keluarga mereka
 
Sponsored Post
Top
Log in Register