BTC USD 61,362.0 Gold USD 2,317.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar maut bergesel motosikal

highway

Active+ Member
Messages
4,417
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,417
Reaction score
293
Points
46
Pelajar maut bergesel motosikal

KLANG PERDANA - Seorang pelajar tingkatan 1 sekolah menengah di daerah Klang maut selepas motosikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah motosikal lain sebelum berlanggar dengan lori dalam kejadian di Simpang 3, Jalan Klang Perdana, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, mangsa, Muhammad Amili Aqil Mat Sakri, 13, beralamat di Jalan Sementa Jaya 8, Taman Sementa Jaya, parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Bilik Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Manakala dua lagi remaja Mohamad Haiqal Musthaqim dan Saiful Amri Muhamad Ghafi masing-masing berusia 16 dan 14 tahun yang menaiki motosikal yang bergesel hanya cedera ringan dan dihantar ke HTAR Klang untuk rawatan lanjut.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintenden Zawari Mahadi berkata, mangsa yang menunggang motosikal berseorangan datang dari arah Kompleks Rakan Muda dipercayai untuk pulang ke rumahnya di sekitar Sementa.

“Berdasarkan maklumat awam, mangsa dipercayai cuba memintas motosikal yang dinaiki dua pelajar di hadapannya bagaimanapun kedua-dua motosikal itu bergesel antara satu sama lain menyebabkan motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu berlanggar dengan sebuah lori yang kebetulan datang dari arah depan.

“Pertembungan berkenaan menyebabkan mangsa dan motosikalnya tercampak ke jalan raya. Manakala motosikal yang dinaiki dua sekawan turut terbabas ke bahu jalan. Setakat ini dua sekawan yang cedera dan pemandu lori sudah membuat laporan polis berkenaan kejadian itu,” katanya.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Balai Trafik Klang Utara atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zaini di talian 03-32902222 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register