BTC USD 84,270.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar matrikulasi pengsan sebelum meninggal dunia ketika beri taklimat sukan bola baling

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,878
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,878
Reaction score
1,396
Points
201
6140910821136515809_121.jpg


Pelajar matrikulasi pengsan sebelum meninggal dunia ketika beri taklimat sukan bola baling

Alor Gajah: Seorang pelajar Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) di Londang, Masjid Tanah, di sini, meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang memberikan taklimat sukan di kolej berkenaan, malam tadi.


Beliau berkata, berdasarkan laporan disediakan Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar KMM, ketika kejadian pelajar jurusan perakaunan itu sedang memberikan taklimat berkaitan sukan bola baling kepada peserta di Dewan Terbuka Rahmat.

Menurutnya, sebelum itu pada jam 9 malam satu perjumpaan diadakan antara Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bersama semua peserta Karnival Sukan Kolej Matrikulasi Melaka (KSKMM) di dewan itu.



"Pihak Felo Blok C1 turut dihubungi yang kemudian memaklumkan Ketua Pengawal sebelum memanggil," katanya dihubungi di sini.

Rahmad berkata, pelajar terbabit kemudian dikejarkan ke hospital dengan diiringi felo dan pegawai hal ehwal pelajar selain perkara itu turut dimaklumkan kepada ibu saudara mangsa.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 11.14 malam.

"Ketika ini proses bedah siasat sedang dijalankan bagi mengetahui punca kematian," katanya.

Rahmad berkata, beliau difahamkan segala urusan berkaitan termasuk pengebumian dan kebajikan arwah diuruskan pihak kolej.

"Jenazah akan dikebumikan di Petaling Jaya, Selangor," katanya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register