BTC USD 64,815.5 Gold USD 2,353.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar madrasah hilang ditemui tumpang rumah kawan

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
15,019
Joined
Dec 6, 2010
Messages
15,019
Reaction score
922
Points
171
3649.jpeg


PONTIAN – Seorang pelajar Madrasah Al-Quran Al-Fatah, Parit Archong, Benut, di sini yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu ditemui oleh keluarganya di Taman Perling, Johor Bahru, Ahad lalu.

Menurut ibunya, Siti Farahain Md. Riduan, 34, anaknya, Muhammad Adham Hafiz Abdullah, 15, menaiki bas dari Benut ke Batu Pahat sebelum menaiki bas sekali lagi ke Johor Bahru pada hari Sabtu dengan berbekalkan duit sebanyak RM13 yang ada pada dirinya.

Katanya, selepas meninggalkan madrasah tersebut selepas solat Jumaat, Muhammad Adham telah menaiki bas dari Benut ke Batu Pahat dan bermalam di perhentian bas dan teksi di bandar tersebut seorang diri.

“Pada sebelah pagi Sabtu, dia telah bertanya kepada orang-orang di perhentian bas di situ bagaimana hendak ke Johor Bahru sebelum menaiki bas ke Johor Bahru dan berhenti di Larkin Sentral.

“Memandangkan dia tiada duit lagi, dia telah meminta pemandu teksi di Larkin Sentral menghantarnya ke rumah kawannya di Taman Perling dengan tambang sebanyak RM20 dibayar oleh kawannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Keluarga Muhammad Adham menetap di PPR Melana Indah, Taman Perling, Johor Bahru.

Terdahulu, Kosmo! menyiarkan berita kehilangan yang hilang selepas menunaikan solat Jumaat.

Difahamkan, Muhammad Adham keluar dari madrasah selepas berlaku perselisihan faham dengan ustaz yang menjaga pelajar di situ. – KOSMO! ONLINE
 
Back
Top
Log in Register