BTC USD 64,085.8 Gold USD 2,461.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar lari ikut teman lelaki hamil 7 bulan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Gara-gara terikut hawa nafsu dan darah muda, seorang pelajar sebuah sekolah di sini, sanggup memutuskan hubungan dengan keluarga dan tinggal bersama teman lelakinya sehingga mengandung.

Pelajar berusia 16 tahun dan masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Setapak itu dikatakan bertindak melarikan diri dari rumah selepas bertengkar dengan ibunya. Difahamkan pelajar terbabit melarikan diri sejak Mei lalu dan tinggal bersama teman lelakinya berusia 20-an di Jalan Genting Klang, dekat sini, sehingga menyebabkan dia kini hamil tujuh bulan.

Sumber berkata, teman lelaki remaja bawah umur itu turut berjanji akan bertanggungjawab untuk mengahwininya, bagaimanapun disebabkan masalah kewangan, dia terpaksa menangguhkannya.

Difahamkan, remaja berkenaan turut menangguhkan persekolahan berikutan malu diejek rakan sekelasnya mengenai dirinya hamil.

Keluarga mangsa juga dikatakan tidak mengetahui kejadian yang menimpa remaja terbabit.

Sumber polis berkata, beberapa hari lalu mangsa dikatakan bergaduh dengan teman lelakinya dan kejadian itu dipercayai berpunca daripada tindakan remaja terbabit yang mendesak pasangannya supaya berkahwin segera.

“Bimbang kejadian buruk berlaku ke atas dirinya, dia membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan kita sedang mengesan teman lelakinya,” katanya.

Tak boleh ajar pantun NASI LEMAK BUAH BIDARA kat anak2

~X(~X(~X(
 
Sponsored Post

masalah sosial skrg makin teruk..budak2 skrg dh mmg advance sgt..lu kapel mesti nak wat projek..teruk tol..

runsingla masa depan anak2 aku..harap2 keturunan aku dijauhilah dari perbuatan terkutuk ini.

Aku ada 2 anak pompuan risau siang malam...zaman la nie budak dalam buaian pun nak dirogol

~X(~X(~X(

YA ALLAH LINDUNGILAH ANAK-ANAK KAMI SEMUA DARI MUSIBAH SEPERTI INI. AMIN
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register