Pelajar India mati ditikam

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
MELBOURNE 3 Jan. - Polis sedang menyiasat kes kematian seorang pelajar India akibat ditikam semasa dalam perjalanan ke tempat kerja di sini.

Pelajar berumur 21 tahun itu dalam keadaan terhuyung-hayang masuk ke restoran Hungry Jack di selekoh Somerville Road dan Geelong Road di selatan pinggir bandar West Footscray, kira-kira pukul 10 malam Rabu dan meminta tolong sebelum pengsan.

Dia dibawa ke Hospital Royal Melbourne dan kemudiannya meninggal dunia.

Polis berkata, pelajar itu ditikam di perut dan berjaya berjalan sejauh kira-kira 300 meter ke restoran Hungry Jack, tempat dia bekerja sambilan.

Pegawai Pasukan Homisid Sarjan Dave Snare yang menyifatkan serangan itu sebagai kejam berkata, motif kejadian masih belum dikenal pasti setakat ini dan tiada bukti bahawa pelajar itu menjadi sasaran kerana bangsanya.

Mangsa difahamkan berasal dari Punjab, India. Polis sedang cuba menghubungi keluarganya di India untuk mengetahui sama ada dia mempunyai anggota keluarga di Australia. - Bernama
 
Sponsored Post

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,810
Reaction score
114
Points
73
mesti sbb anti-kaum ni
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
igtkan kt m'sia td..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register