BTC USD 65,107.2 Gold USD 2,358.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar hilang ditemui lemas

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
15,019
Joined
Dec 6, 2010
Messages
15,019
Reaction score
922
Points
171
12832.jpeg
12830.jpeg
12827.jpeg
12824.jpeg
12821.jpeg


Kuantan: Pelajar tingkatan dua yang hilang ketika mandi di tali air Lorong Indera Sempurna 2, Perkampungan Indera Sempurna, di sini kelmarin ditemukan lemas, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat Mohamad Amirul Haikal Che Jaapa, 14, ditemukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada 10.22 pagi, kira-kira 1.6 kilometer dari lokasi kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau, di sini.

"Mangsa ditemui tersangkut pada pokok ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pagi ini.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan seterusnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam kejadian 3.50 petang kelmarin, Mohamad Amirul Haikal, yang juga pelajar SMK Mat Kilau dikhuatiri lemas ketika mandi bersama enam rakannya di tali air itu.

Susulan kejadian, SAR digerakkan bersama JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
 
Back
Top
Log in Register