BTC USD 96,217.0 Gold USD 2,903.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar , Guru Maut Ditembak Di Sekolah Wisconsin

Md Hanif

Fun Poster
Messages
848
Joined
Jun 13, 2023
Messages
848
Reaction score
64
Points
25
b93148653eef69c9f883e532a3a379806760f4037e14c

Children prepare to board a bus bound for the reunification center where they'll meet their parents after a shooting at Abundant Life Christian School in Madison, Wisconsin, U.S. December 16, 2024. REUTERS

Seorang remaja dan seorang guru maut dalam insiden tembakan yang berlaku di sebuah sekolah swasta di tenggara Wisconsin pada Isnin, lapor United Press International (UPI).

Sekurang-kurangnya dua pelajar berada dalam keadaan kritikal, sementara suspek seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun dari sekolah yang sama ditemukan maut di tempat kejadian, kata pihak berkuasa kepada CNN.

"Kami percaya penembak adalah pelajar yang sudah berada di kawasan sekolah. Tiada maklumat menunjukkan berlaku sebarang pencerobohan ke dalam premis sekolah," kata Ketua Polis Madison, Shon Barnes.

Beliau turut memaklumkan bahawa keluarga suspek sedang bekerjasama dengan pihak polis dan siasatan untuk mengenal pasti motif kejadian masih diteruskan.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menyifatkan kejadian itu sebagai "menggemparkan dan tidak dapat diterima."

"Kami memerlukan Kongres untuk bertindak. Sekarang," tegas Biden dalam satu kenyataan.

"Jill dan saya berdoa untuk semua mangsa hari ini, termasuk guru dan pelajar yang terkorban serta mereka yang cedera. Kita tidak boleh menerima keganasan yang memberi trauma kepada kanak-kanak, keluarga mereka, dan memecahbelahkan komuniti," katanya.

Beliau turut menyeru Kongres untuk meluluskan undang-undang keselamatan senjata api yang lebih ketat bagi mencegah kejadian seperti ini daripada berulang.

 
Sponsored Post

Budak perempuan nama Samantha tu tembak mati seorg guru , seorg lagi pelajar....
ada lagi2 cedera parah

kemudian dia bunuh diri?

So yg mati dlm kejadian ni 3 org lah ya

(ada lagi 2 kritikal..)

Bahaya AS ni
sekolah pun tak selamat
budak perempuan pun bahaya!

da lame da kes mcm ni

satu golongan nak senjata di haramkan
satu golongan nak senjata kekal dibenarkan

modal politik trump jaman 1st time jd president
 
da lame da kes mcm ni

satu golongan nak senjata di haramkan
satu golongan nak senjata kekal dibenarkan

modal politik trump jaman 1st time jd president
kadar jenayah tinggi kot tu ada yg mintak senajata api blh beli kat kedai tanpa lesen.

lambat pulak Trump nak masuk ofis.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register