BTC USD 28,557.4 Gold USD 1,966.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar digesa pakai topi keledar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Abd Kadir (kiri) menyerahkan risalah kesedaran jenayah kepada peniaga di Ayer Baloi.
< 1 / 1 >
PONTIAN - Golongan pelajar luar bandar di daerah ini diingatkan memakai topi keledar semasa menunggang dan membonceng motosikal walaupun membabitkan jarak perjalanan yang dekat.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, Asisten Superintendan Abdul Kadir Mansor berkata, pihak polis memandang serius isu keselamatan jalan raya terutama kemalangan yang membabitkan pelajar sekolah.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan dan tinjauan yang dilakukan di daerah ini, didapati mereka tidak memakai topi keledar dengan betul serta menunggang dalam keadaan merbahaya.

“Semua pihak termasuk ibu bapa perlu memberikan perhatian kepada anak bersekolah supaya menggunakan motosikal dengan betul dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Perlu diinggatkan, pemakaian topi keledar penting kerana ia menjadi alat keselamatan yang dicipta khusus untuk melindungi bahagian kepala terutama ketika kemalangan berlaku,” katanya pada majlis 'Community Policing' bersama masyarakat di Balai Polis Ayer Baloi, di sini, semalam.

Tegasnya, tindakan saman juga akan dikeluarkan kepada ibu bapa yang membenarkan anak mereka menunggang motosikal walaupun mengetahui anak mereka tidak mempunyai lesen memandu.

Jelasnya, antara kesalahan lain yang dilakukan penunggang motosikal ialah tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh.

“Sekiranya mereka ditahan pihak berkuasa, setiap kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM300,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pihak IPD Pontian akan terus memberikan penekanan untuk menganjurkan lebih banyak program 'Community Policing' bagi mendekatkan pegawai dan anggota dengan orang ramai.

Katanya lagi, kunjungan bersama pegawai dan anggota polis bertujuan mendekati masyarakat setempat dengan aktiviti serta kempen pencegahan jenayah di kawasan luar bandar yang turut disertai penghulu, ketua kampung dan badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut beliau, penubuhan Kelab Berbasikal IPD Pontian juga memberikan peluang kepada anggota mendekati masyarakat dengan aktiviti berbasikal bersama kelab berbasikal tempatan.

Beliau sebelum itu telah menyertai program kayuhan berbasikal dari IPD Pontian ke Balai Polis Ayer Baloi sejauh 20km bersama kelab berbasikal IPD serta kelab berbasikal Pontian.

“Pendekatan turun padang seperti ini telah memberikan peluang kepada orang ramai untuk bertemu dengan pegawai dan anggota polis bagi mendengar sendiri masalah yang mereka dihadapi,” katanya.
 
Top
Log in Register