Pelajar cipta kereta tenaga solar masa depan

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR - Keinginan untuk memperkenalkan tenaga solar sebagai tenaga alternatif yang murah kepada masyarakat telah mendorong kumpulan pelajar dari Universiti Malaya (UM) menyelidik dan mencipta kereta solar bagi kegunaan pada masa depan.

Menurut salah seorang pereka kereta itu, Jamali Md. Shah, 36, walaupun rekaannya pernah dikritik sebagai 'rekaan budak *****' namun kereta tersebut mula mendapat perhatian kerana ia lebih praktikal, tahan lasak serta mampu mengurangkan kecederaan pemandu jika berlaku kemalangan.

Lebih menarik, rekaan kereta solar ringkas bernombor SUN 94 itu bukan sahaja menambat hati peminat kereta solar tempatan malah turut diminati beberapa pengusaha ladang epal di Australia yang berhasrat untuk membelinya pada masa akan datang.

"Kereta ini mula mendapat perhatian apabila kumpulan saya yang terdiri daripada penuntut Doktor Falsafah (Ph.D), Pusat Reka Bentuk Produk dan Pembuatan UM menyertai Pertandingan Solar Dunia 2007 di Adelaide, Australia,'' katanya ketika ditemui Kosmo! pada Ekspo Penyelidikan, Reka Cipta dan Inovasi UM 2009 di sini semalam.

Ciptaan hebat tapi akan duduk dalam stor sampai bila bila...mampos depa nak kasi jual kereta nie
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Kenapa pulak tak boleh market? Kos ker apa?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register