BTC USD 26,936.8 Gold USD 1,977.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar cedera dipercayai dipukul di asrama

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,987
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,987
Reaction score
588
Points
121
Pelajar cedera dipercayai dipukul di asrama
FB_IMG_1670774921271.jpg

KUANTAN, PAHANG - Seorang pelajar lelaki cedera dipercayai dipukul pelajar berusia 17 tahun di sebuah sekolah berasrama di Bentong, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, ketika pulang ke rumah, mangsa yang berusia 16 tahun mengadu kepada bapanya bahawa dia mengalami kesakitan di bahagian perut dan kencing berdarah.

Beliau berkata, sejurus itu, pelajar tersebut dibawa ke Hospital Bentong dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa disyaki dipukul.

Mangsa kemudian menceritakan bahawa dia telah dipvkul di bahagian badan dan kaki oleh seorang pelajar ketika sedang tidur di asrama pada jam 2 pagi," katanya dalam kenyataan malam Sabtu.

Sehubungan itu, mangsa dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong juga telah berhubung dengan pihak sekolah tersebut.

Katanya, kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

Sumber: Bernama
 
Top
Log in Register