Pelajar asing lebih banyak bekerja dari belajar

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,561
Reaction score
1,966
Points
206


SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengawal kemasukan pelajar asing di negara ini kerana dikhuatiri akan memberi ancaman masalah jenayah dan sosial kepada masyarakat.

Penganalisis Jenayah, Datuk Akhbar Satar berkata, kebanyakan pelajar asing yang datang ke Malaysia terdiri daripada pelajar bermasalah.

“Mereka datang bukannya hendak belajar, tapi lebih kepada mencari pekerjaan dan membuat salah laku jenayah.

”Banyak kes jenayah yang berlaku seperti salah guna dadah dan penipuan dilakukan warga asing khususnya dari Afrika.

”Begitu juga masalah sosial dengan menjerat cinta anak gadis Melayu hingga mereka menjadi mangsa jenayah dan keldai dadah,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, tindakan kerajaan mahu menjadikan Malaysia sebagai hub pelajaran amat baik namun kerajaan perlu mengawal kemasukan pelajar asing.

“Kemasukan pelajar asing perlu ditepis kerana kita tidak mahu pelajar yang bermasalah datang ke negara kita.

“Pihak universiti dan kolej juga perlu menyemak latar-belakang pelajar itu terlebih dahulu sebelum mengambil mereka,”katanya.

Akhbar berkata, sikap tamak dan mahu mengaut keuntungan sesetengah universiti dan kolej swasta juga antara faktor menyebabkan lambakan pelajar asing di negara ini.
“Mereka datang menggunakan visa pelajar tetapi menetap lebih masa dan bekerja di sini. Malah ada yang berani menjalankan perniagaan.

“Sikap materialistik dan tiada pengawasan dari pihak universiti dan kolej menyebabkan masalah ini berlaku. Akhirnya rakyat Malaysia yang menjadi mangsa jenayah mereka,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu menetapkan peraturan dan undang-undang yang lebih ketat agar masalah sosial dalam kalangan pelajar asing ini dapat ditangani.

“Pihak berkuasa juga perlu bertindak tegas dan menangkap pelajar asing yang bermasalah dan melanggar undang-undang.

“Kita mahu negara bersih daripada perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan rakyat dan negara kita,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/arti...lajar-asing-lebih-banyak-bekerja-dari-belajar
 
Sponsored Post

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,309
Reaction score
543
Points
126
sudah berzaman kerajaan tahu. pelajar afrika bukan mahu belajar.
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,810
Reaction score
1,659
Points
201
dah lama dah benda ni....baru tau ke...haiyaaaaaaa
 

WalKing

Fun Poster
Joined
Jun 17, 2014
Messages
315
Reaction score
36
Points
30
Kerajaan dari zaman dahulu sampai sekarang sama sahaja. Rakyat sila nilaikan kalau dah PATI serantau pun tak boleh nak banteras apakan lagi pelajar menyamar datang bekerja :sleep:. Sila masukkan isu ni dalam perhatian kerajaan seperti RMK baru boleh berjaya.
 

Arluth

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 1, 2009
Messages
9,633
Reaction score
381
Points
91
Baru habis buat kajian ke yg kluar statement ni..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register