BTC USD 94,452.0 Gold USD 2,690.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar 10A Ke Atas Semua Kaum Diberi Ruang Di Matrikulasi - PMX

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
450,717
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
450,717
Reaction score
36,724
Points
2,836
Awards
2

Pelajar 10A ke atas semua kaum diberi ruang di matrikulasi - PM​

30 Jun 2024 06:21pm

2708801.jpg

Anwar

BUKIT JALIL - [DIKEMAS KINI] Kerajaan memutuskan semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya memperoleh keputusan 10A dan ke atas bakal diberikan ruang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan hasil perbincangan mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu itu bertujuan memastikan semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum diberi peluang sama adil dalam mendapat pendidikan lebih tinggi.

"Kalau ada anak-anak yang mencatat kejayaan 10A atau lebih untuk semua aliran sekolah di negara kita, maka keputusan kita tanpa kecuali semua mereka dari semua kaum dan wilayah harus diberi jaminan tempat oleh kerajaan.

"Saya tidak mahu meneruskan ini sebagai isu kaum lagi. Cuma saya tekankan keputusan ini keputusan yang berani," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2024 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad

Dalam pada itu, menurut Anwar, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan bekerjasama bagi memperincikan perkara tersebut dari segi pelaksanaan dan kaedah dalam masa terdekat.

"Ketetapan ini dibuat bagi memastikan semua pelajar cemerlang SPM mendapat peluang terbaik untuk melanjutkan pengajian. Pada masa yang sama sistem kuota bumiputera sedia ada bagi Program Matrikulasi KPM kekal dan tidak terjejas.

"Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan akses dan kualiti pendidikan negara serta memastikan sistem kuota bumiputera dan prinsip meritokrasi untuk manfaat semua pelajar terpelihara," ujarnya.

Sponsored Post

Pendapat saya, bab pendidikan ni, tolak tepi bab kaum.....sapa yang nak belajar, waima bukan bumiputera pun, kalau rajin belajar, akhirnya akan menyumbang kepada negara jugak.

Dorang belajar pandai, jadi doktor takkan nak kerja di restoran bak kut teh yang tidak halal.

Mestilah dorang kerja di klinik. Bila kerja di klinik, pelbagai kaum boleh dapat service dorang.....melayu pun ramai pergi klinik bukan bumiputera.

So, bab pendidikan ni, tak perlu politik keterlaluan selagi mana masih ikut acuan kerajaan Malaysia.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register