Pelacur kelas bawahan tak serik beralih ke Lorong Merpati

CG Sponsors




kukaya

Fun Poster
Joined
Oct 21, 2009
Messages
131
Reaction score
0
Points
10
ALOR SETAR: Selepas aktiviti pelacuran kelas bawahan di Lorong Petani, di sini, semakin lumpuh berikutan tanah rizab Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dimajukan untuk projek landasan berkembar, pelacur terbabit kini ‘berhijrah’ ke Lorong Merpati tidak jauh dari situ.

Tinjauan Berita Harian mendapati, walaupun kegiatan menjual tubuh itu tidak semeriah di Lorong Petani yang terkenal dengan aktiviti seks kelas bawahan sejak lebih 50 tahun lalu, ia mengundang rasa tidak selesa penduduk taman perumahan di sekitarnya.

Penduduk turut berasa malu dan jijik kerana kegiatan tidak bermoral itu berlaku di kawasan perumahan mereka, lebih-lebih lagi apabila kawasan itu menjadi tumpuan golongan ketagih seks, termasuk lelaki warga emas.

Biarpun kawasan pelacuran di situ kerap diserbu Jabatan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), pelacur yang terdiri daripada wanita Melayu beragama Islam terbabit masih tidak serik menjual tubuh untuk menyara kehidupan.

Tinjauan juga mendapati pelacur terbabit membina khemah atau pondok di tepi longkang besar di Lorong Merpati di situ untuk memudahkan mereka menunggu pelanggan.
PELACUR membina pondok dalam semak berhampiran untuk kegiatan seks.

Mereka yang mengenakan bayaran antara RM20 hingga RM50 setiap kali perkhidmatan dilihat tidak segan silu duduk atau berbaring di bawah teduhan khemah sambil berbual sementara menunggu pelanggan.

Bagi memudahkan mereka menyediakan khidmat seks kepada pelanggan, pelacur terbabit membina sebuah pondok di dalam semak berhampiran. Selain itu mereka juga sedia mengikut pelanggan ke lokasi lain untuk mengadakan hubungan seks bergantung kepada permintaan pelanggan.

Kegiatan pelacuran di situ dipercayai mendapat sambutan kerana Berita Harian mendapati ada peniaga minuman turut mengambil kesempatan berniaga di situ.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hadi berkata, sejak berpuluh tahun lalu kawasan berkenaan memang dikenali dengan kegiatan tidak bermoral itu di kalangan masyarakat di bandar raya ini.

“Saya berharap pihak berkuasa sama ada Jaik, polis dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bertindak lebih tegas memerangi kegiatan tidak bermoral itu.

“Kadangkala kami malu apabila taman perumahan di sini lebih dikenali kerana aktiviti menjijikkan itu.

“Kehadiran pelacur terbabit yang secara terang-terangan menunggu pelanggan boleh memberi kesan negatif kepada anak muda di sini kerana kami bimbang mereka terpengaruh dengan gejala itu, katanya.

Sumber : Berita Harian
Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
[email protected]
 
Sponsored Post

Anonymous89

Super Active Member
ForexMart Fans
Joined
Apr 28, 2009
Messages
5,408
Reaction score
28
Points
80
haishhh alor sta alor sta ... -_-"
 

abOo

Account Locked as requested
Joined
Mar 2, 2009
Messages
622
Reaction score
0
Points
10
kedah maju 2010..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register