Pelaburan saham melalui Internet Haram

Recommended Brokers


Status
Not open for further replies.

2bz4money

Legendary Member
Joined
Aug 24, 2006
Messages
10,611
Reaction score
2,068
Points
191
Pelaburan saham melalui Internet haram – Majlis Fatwa

Oleh NOR AZIAH JAAFAR, RUHAIDINI ABD KADIR dan RAMLI ABDUL KARIM

KUALA LUMPUR 12 April – Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang ramai dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.

Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang 500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat Tan Sri dan Datuk.

Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk pelaburan Internet termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya diuruskan Swiss Mutual Fund kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur riba.

Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk kira-kira RM200 juta yang dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim SwissCash, tidak kurang 50 jenis pelaburan Internet kini giat melobi orang ramai melabur dengan janji pulangan sehingga 300 peratus.

Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru yang mendapat sambutan hebat ketika ini ialah I Love You Forever menerusi laman web www.iluf.biz yang menjanjikan pulangan sehingga RM21,000 bagi pelaburan pokok RM800 untuk tempoh 12 bulan dan www.ugifund.com yang dilancarkan hari ini.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang ditemui pemberita selepas mesyuarat itu memberitahu, sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan SwissCash adalah haram.

Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan umatnya melabur dalam segala bentuk pelaburan seumpama itu.

‘‘Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada pelabur yang berlandaskan Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,’’ katanya.

Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet pilihan rakyat Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran hadapan komoditi seperti minyak, gas, perladangan dan emas.

Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa kononnya aktiviti mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk dalam bidang kuasa perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).

Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti skim pelaburan Internet ialah perniagaan mata wang asing selain melabur dalam pasaran-pasaran saham luar negara.

Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya SwissCash yang tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih meyakinkan yang setakat ini sudah menelan kira-kira RM190 juta wang daripada lebih 50,000 pelabur Malaysia.

Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi dengan modus operandi berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di bank-bank tempatan dan urusan pelaburan menerusi Internet.

Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash adalah menyalahi undang-undang negara kerana mengambil deposit secara haram.

Teknologi

Selain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi beberapa sindiket yang menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan menerusi alam maya Internet.

Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz; www.WinliFund.com; www.empay.com; www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; www.GlobalForex.us; www.Arabic.com; www.eracapital.com; www.e-investpro.com; www.GG-trade.com dan www.smartindex.net.

Dengan membuka laman web www.jutawan.com, pelayar boleh mendapatkan senarai keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya dikenali sebagai High Yield Investment Programme (HYIP).

Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang Amerika Syarikat (ASD) berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia.

Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu menjanjikan pulangan lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus sebulan yang dibayar kepada para pelabur selama 100 hari.

Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar pulangan yang ditawarkan institusi perbankan iaitu tiga peratus sebulan bagi deposit tetap atau lapan peratus bagi pasaran modal.

Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman web yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya didalangi orang tempatan berjaya mengabui mata para pelabur.
Ini adalah tajuk berita muka hadapan Utusan Malaysia hari ini..
Harap x perlu dipanjangkn debat pasal HUKUM ni lagi. Tujuan aku buka thread ni pasal aku x dengar berita TV3. So, dengan adanya huraian sebegini, kita lebih jelas sekali...
Mod, ko fikirkan apa yg baik utk sumer, ini sekadar penjelasan..
 
Last edited:
Sponsored Post

mohdligat

Active Member
Joined
Dec 6, 2006
Messages
1,688
Reaction score
0
Points
20
ok closed trus..
kang jadi pertikaian lagi..
 

eidod

Active Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
1,364
Reaction score
5
Points
25
sudah terang lagi bersuluh....
 

papito

Fun Poster
Joined
Dec 24, 2006
Messages
487
Reaction score
0
Points
10
MLM jugak yg ok..

Berhenti jer main HYIP.. buat mlm mymode cam aku nih lagi bagus :D
Insaflah wahai sedara2 se Islam ku
 

adar

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Dec 20, 2005
Messages
9,027
Reaction score
215
Points
73
sblm closed aku nak post gak. hehe.... tutup dan sticky kan. :) :)
 

papito

Fun Poster
Joined
Dec 24, 2006
Messages
487
Reaction score
0
Points
10
kalau tajuk kat berita tuh Pelaburan Internet HYIP haram lagi ok n accurate kot
 

2bz4money

Legendary Member
Joined
Aug 24, 2006
Messages
10,611
Reaction score
2,068
Points
191
Sabda Rasulullah S.A.W “Yang Halal itu sudah jelas, dan yang Haram pun sudah jelas, dan antara kedua hal tersebut terdapat yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas hala haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barang siapa yang berhati-hati dari perkara syubhat, sebenarnya ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya..... (H.R Muslim)”
 

waktong

Super Active Member
Joined
Jan 26, 2007
Messages
7,453
Reaction score
75
Points
70
okeh...dah beralih ke forex nie....hehhe...
 

marukochan

Fun Poster
Joined
Oct 31, 2006
Messages
293
Reaction score
0
Points
10
So, forum nih camner ek?! Masih lagik akan membenarkan perbincangan pasal HYIP ke walaupun dah difatwakan haram ....
 
Status
Not open for further replies.
Sponsored Post
Top
Log in Register