Pelabur syarikat taja Tiger Woods rugi besar

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
MIAMI 30 Dis. - Skandal seks yang menyelubungi Tiger Woods mungkin akan menyebabkan kos pemegang saham syarikat yang menaja pemain golf nombor satu dunia itu mengalami kerugian sehingga AS$12 bilion (RM43.2 bilion), menurut satu kajian oleh dua pakar ekonomi daripada Universiti California, Davis.

Kajian itu yang disiarkan Isnin lalu oleh penyelidik Victor Stango dan Christopher Knittel memberikan anggaran kerugian kepada nilai pasaran penaja utama Woods yang berpunca dari pendedahan hubungan sulitnya selepas satu kemalangan kecil di luar rumahnya di Florida pada 27 November lalu.

"Kami anggarkan pemegang saham kepada penaja Tiger Woods mengalami kerugian sehingga AS$5 bilion (RM18 bilion) hingga AS$12 bilion (RM43.2 bilion) selepas beliau terlibat dalam kemalangan, berbanding syarikat yang tidak menaja Woods," menurut penyelidik itu selain menambah bahawa jutaan pemegang saham telah terjejas.

"Analisis kami jelas bahawa memiliki selebriti seperti Tiger Woods sebagai penaja merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan, risiko di bawahnya cukup besar," kata Stango, seorang profesor di Sekolah Pengurusan Graduan UC Davis dalam satu kenyataan yang disiarkan bersama kajian itu.

Woods yang dipercayai atlet terkaya di dunia yang dianggarkan memiliki sumber pendapatan mencecah AS$100 juta (RM360 juta) setahun dalam perjanjian tajaan, membuat pengakuan mengenai skandalnya itu pada 11 Disember lalu berhubung kecurangan kepada isterinya, Elin Nordegren yang berasal dari Sweden.

Beliau baru-baru ini mengumumkan akan berhenti rehat buat sementara waktu dalam sebarang pembabitan sukan golf bagi menyelamatkan rumah tangganya.

Segelintir daripada penaja utama komersial bintang-bintang golf telah menjauhkan diri daripadanya berikutan skandal tersebut. - REUTERS
 
Sponsored Post

EZAFI

Fun Poster
Joined
Dec 11, 2009
Messages
232
Reaction score
36
Points
20
X pe..rugi taja tiger woods lepas ni taja tiger show plak..
dapat balik modal...
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,179
Reaction score
1,041
Points
1,101
citer bab rugi billion2...bab untung sebelum ni xciter plak
 

desire

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2006
Messages
9,694
Reaction score
29
Points
70
takpe... masuk correction wave... wave 2... sebelum meneruskan uptrend wave 3 :-? :D
 

lady_nite06

Active Member
Joined
Sep 7, 2009
Messages
2,196
Reaction score
8
Points
25
jalan terbaekk untuk abang tiger 'gagah' wood nak kaya balik dengan sain kontrak penaja dan bersama sykt kondom,bleh jadik model lagik tuh.hahahahaha.toksah maen golf dah...
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
ala..tu bkn rugi betul2 pn.. just anggaran jerk.. sebenarnya masih untung jer...
 

GaliGold

Fun Poster
Joined
Jan 1, 2010
Messages
332
Reaction score
1
Points
15
jalan terbaekk untuk abang tiger 'gagah' wood nak kaya balik dengan sain kontrak penaja dan bersama sykt kondom,bleh jadik model lagik tuh.hahahahaha.toksah maen golf dah...
haha..statment yang orait...tapi cukup gagah ker wood tu..??:eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register