Pelabur gelisah hilang deposit jika Kotaqwa bubar

CG Sponsors




wan9551

Active+ Member
Joined
Dec 10, 2007
Messages
3,197
Reaction score
7
Points
30
KOTA BHARU: Pelabur skim anjuran Koperasi Taqwa Berhad (Kotaqwa), kini mula bimbang terhadap kemungkinan kehilangan deposit dan pelaburan mereka yang mencapai puluhan ribu ringgit berikutan kemungkinan koperasi itu dibubar, manakala asetnya disita.

Kotaqwa yang membuka pejabat Wilayah Timur di Jalan Pengkalan Chepa dekat sini, dikatakan ada lebih 1,000 ahli seluruh Kelantan, yang menyertai Skim Simpanan Khas Al-Mudharabah.

Pelabur yang bergegas ke pejabat Kotaqwa itu, sebaik membaca laporan media berhubung serbuan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terhadap koperasi terbabit, kini resah kerana hasrat menutup akaun bagi mendapatkan kembali deposit, perlu menunggu dua bulan lagi untuk mendapatkan wang.

Mereka yang ditemui turut mendakwa tidak menerima dividen, sejak Mei lalu dan sudah dua kali ditangguhkan pembayarannya.

Wanita warga emas yang juga pelabur Kotaqwa dari Selising, Pasir Puteh, mendakwa dia bersama ahli keluarga berkongsi menyertai skim koperasi itu menerusi pelaburan pokok RM22,500 pada Disember tahun lalu.

Beliau yang turut melabur simpanannya RM5,000 berkata, mereka dijanjikan pulangan lapan peratus setiap minggu daripada nilai deposit terbabit.

"Sepanjang Disember tahun lalu sebaik membuat pelaburan skim itu, saya menerima dividen lapan peratus atau RM100 seminggu. Mulai Januari hingga April tahun ini, bayaran dividen itu ditukarkan kepada pembayaran secara bulanan dan saya menerima RM400 sebulan.

"Bagaimanapun, sejak Mei lalu, pengurusan koperasi berkata dividen akan dibayar setiap empat bulan pada kadar empat peratus saja, membuatkan kami rasa tidak puas hati tetapi pengurusan koperasi kata langkah itu kerana memenuhi syarat ditetapkan kerajaan," katanya.

Katanya, beliau bersama suami serta beberapa rakan ke Kotaqwa semalam bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu dan mahu mendapatkan semula baki wang dilaburkan.

"Kotaqwa berjanji akan membayar dividen tertunggak itu akhir bulan ini dan pengurusan koperasi berjanji memulangkan baki deposit saya RM3,000 dalam tempoh dua bulan," katanya yang kini gelisah kemungkinan kerugian besar kerana menyertai skim koperasi terbabit.

Semalam, Berita Harian melaporkan, tiga koperasi iaitu Kotaqwa, Koperasi Usahawan Malaysia Berhad dan Koperasi Birr Berhad, diserbu pihak berkuasa pada Selasa lalu, kerana dipercayai menganjurkan aktiviti berciri skim cepat kaya bagi memperdaya lebih 5,000 ahli membabitkan pelaburan berjumlah RM80 juta.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, dilaporkan berkata tindakan tiga koperasi terbabit menyalahi Akta Koperasi 1993 kerana dikatakan menawarkan pulangan antara lapan hingga 12 peratus sebulan atas modal pelaburan menerusi Skim Simpanan Khas Al-Mudharabah dan Skim Usahawan Ternakan.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Kotaqwa menerusi laman sesawangnya, www.kotaqwa.com.my, menegaskan operasi koperasi itu berjalan seperti biasa kerana setakat ini tiada arahan daripada SKM mengenai penggantungan dan pembekuan seperti diumumkan Noh

:(:)(:)((

ape la nasib badan
 
Sponsored Post

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,267
Reaction score
526
Points
176
kerajaan tgh takde duit..so ni salah satu cara utk dptkan duit balik
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
rasanya kerajaan saja tak nak amik tindakan sebab kerajaan tau sikap orang melayu...makin dilarang makin dibuat...kalau tahun lepas sapa yang rugi2 tu simpati ler juga sebab tiada pendedahan tapi sekarang tak simpati langsung sebab makin ditegur makin bercambah...skim bercambah sebab ada sambutan..itu saja
 

kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,275
Points
196
ingatkan pelaburan atas nama koperasi ni selamat...
rupa2nya leh jd jerat gak....
 

wan9551

Active+ Member
Joined
Dec 10, 2007
Messages
3,197
Reaction score
7
Points
30
ingatkan pelaburan atas nama koperasi ni selamat...
rupa2nya leh jd jerat gak....
sekang semua tak selamat
yang selamat buat keje sendiri
jgn peram duit dah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register