BTC USD 68,521.9 Gold USD 2,356.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelabur asing: Kepercayaan terhadap PMX makin hilang

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
50,933
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
50,933
Reaction score
6,235
Points
881
Awards
1
Pelabur asing: Kepercayaan terhadap PMX makin hilang

Zainab Awatif OmarApril 16, 2024

KUALA LUMPUR: Pelabur asing yang berterusan menarik pelaburan mereka daripada pasaran saham Malaysia, menunjukkan kepercayaan yang semakin hilang terhadap pemimpin negara, Perdana Menteri ke-10 (PMX), Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam kenyataannya berkata, unjuran perkembangan landskap pelaburan semakin rancak pada tahun 2024 sepertinya sedang tersasar berlandaskan keadaan pelaburan semasa.

“Ekonomi negara semakin malap nampaknya. Yang musykilnya, senario-senario ini masih berlaku biarpun bawah pemerintahan Anwar Ibrahim yang selama ini dilaung-laung sebagai sosok tepat untuk mengendalikan Malaysia dan membetulkan ‘kerosakan-kerosakan’ yang melanda negara,” ujar kenyataan tersebut hari ini.

Menurut kenyataan tersebut lagi, trend jualan bersih oleh pelabur asing di Bursa Malaysia telah berterusan untuk tujuh minggu berturut-turut sehingga mencatatkan aliran keluar bersih dana pada minggu lalu sebanyak RM373.5 juta.

“Maksudnya apa tuan-tuan? Maksudnya, pelabur-pelabur asing sedang berterusan menarik pelaburan mereka daripada pasaran saham Malaysia. Dalam erti kata lain, pelabur sedang lari meninggalkan Malaysia.

“Menurut Timbalan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) suatu ketika dahulu, jika keadaan seperti ini berlaku, hal ini bermakna pelabur asing semakin hilang kepercayaan terhadap negara kita dek ketidakcekapan pemerintahan kerajaan semasa.

“Hanya Anwar Ibrahim sahaja mampu membetulkan keadaan, menurutnya.

“Namun, melihat kepada keadaan semasa, dengan banyaknya dasar yang menyusahkan rakyat yang kononnya sebagai usaha untuk menambahbaik kedudukan fiskal negara, ditambah pula dengan kedudukan nilai Ringgit yang semakin jatuh menuju Ringgit terendah dalam sejarah sepertimana yang dilaporkan oleh portal Bloomsberg, terbukti kerajaan semasa memang tidak cekap,” tambah kenyataan tersebut. – HARAKAHDAILY 16/4/2024
 
Back
Top
Log in Register