Pekerja warung dihukum gantung

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
SHAH ALAM - Seorang pekerja warung dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah mengedar 622 gram kanabis enam tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd. Zaki Md. Yassin yang akan bertukar ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berkata, beliau tiada pilihan melainkan menjatuhkan hukuman mati seperti yang diperuntukkan undang-undang.

Menurut beliau, meskipun Shahrul Izani Suparman, 25, merupakan pesalah muda kerana berusia 19 tahun enam bulan ketika kejadian, namun di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 hanya satu hukuman patut diterima.

Shahrul Izani didapati melakukan kesalahan itu pada pukul 10.15 malam, 25 September 2003 di Jalan Haji Othman, Rantau Panjang, Klang dekat sini.

Fakta ketika perbicaraan antaranya menyatakan, polis telah melakukan intipan setelah menerima maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah di tempat kejadian.

Tidak berapa lama intipan dibuat, tertuduh tiba di tempat kejadian dengan menunggang sebuah motosikal Yamaha berwarna merah, tanpa menyalakan lampu.

Selepas memintas sebuah kereta, motosikal tertuduh telah membuat pusingan-U.

Sejurus terdengar jeritan anggota polis, tertuduh terus melompat dari motosikalnya dan cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap.

Hasil pemeriksaan menemukan dua buah beg plastik dalam raga motosikal yang berisi ketulan mampat daun kering kanabis.

Sepanjang perbicaraan, seramai sembilan saksi pendakwa telah dipanggil. Tertuduh yang diwakili peguam Suzanawati Ismail telah mengemukakan tiga saksi pembela untuk menyokong keterangan pembelaan.

Dalam pembelaannya, tertuduh mendakwa dia menolong kawannya untuk menghantar barang tetapi tidak tahu isi kandungannya sehingga ditangkap.

Shahrul Izani mendakwa, dia menerima upah RM50 untuk kali pertama dan RM100 bagi upah penghantaran berikutnya.

Hakim Mohd. Zaki merupakan hakim yang menjatuhkan hukuman mati terhadap dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
elok jantung esok lusa....jgn tunggu 5-6 tahun baru nak gantung...buang duit cukai rakyat saja nak kasi dia makan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register