strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,717
- Points
- 191
JOHOR BAHRU – Hanya kerana tidak mahu meneruskan kerja ekoran masalah pembayaran gaji, dua lelaki warga Vietnam bertindak di luar kawalan apabila sanggup menikam majikannya sendiri sehingga mati dalam satu pergaduhan di Flat Taman Gembira, Kampung Majidee di sini kelmarin.
Mangsa, Lee Chee Mian, 47, disahkan meninggal dunia di Poliklinik Medic Taman Gembira di sini setelah ditikam dengan senjata tajam di bahagian rusuk kanan dalam kejadian kira-kira pukul 5.05 petang itu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh memberitahu, mangsa merupakan sub-kontraktor dalam bahagian penyediaan pekerja di Kampung Melayu dekat sini.
Menurut beliau, mangsa dikatakan mengunjungi rumah sewa suspek di flat berkenaan kira-kira pukul 1.30 petang untuk mengetahui alasan mengapa pekerjanya itu hanya bekerja setengah hari sahaja tanpa memaklumkan kepadanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm.