Pekerja tapak binaan ditemui mati disyaki dibunuh

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR 15 Feb. – Seorang pekerja tapak pembinaan ditemui mati dipercayai dibunuh di blok B tapak pembinaan pangsapuri 19 tingkat di Kampung Batu Muda di sini hari ini.

Mayat lelaki yang dikenali sebagai Mat Aspain, 33, dari Jawa Timur itu ditemui dengan kesan kelar di perut dan leher.

Mayatnya telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Mayat lelaki itu ditemui oleh pekerja di situ dalam sebuah bilik dipercayai stor di tingkat empat bangunan itu pada kira-kira pukul 2 petang, kata Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, hasil siasatan awal, polis percaya lelaki itu dibunuh oleh rakan sekerja yang juga suami kepada wanita yang diganggunya.

Beliau berkata, polis menahan lima lelaki yang juga pekerja di tapak pembinaan itu untuk membantu siasatan dan beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu membabitkan lebih daripada seorang suspek. – Bernama
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
hish2 bunuh lagi..bila kes ni nak sifar..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register