BTC USD 50,700.5 Gold USD 1,784.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja stesen minyak Pakistan mati dibunuh

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
SEREMBAN: Seorang lelaki warga Pakistan mati manakala rakannya cedera selepas diserang sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Sungai Ujong di sini, malam tadi.

Mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Nasir dan berusia dalam lingkungan 20-an itu ditemui dengan kesan kelar di leher dan kaki serta tangannya diikat dengan tali rafia.

"Rakannya yang cedera di rusuk kiri pula hanya dikenali sebagai Sohail, berumur dalam lingkungan 30-an. Kedua-dua mereka adalah pekerja stesen minyak itu," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Deputi Superintendan Zazali Hashim.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register