BTC USD 96,865.0 Gold USD 2,669.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Pekerja premis jual telefon bergaduh rebut pelanggan di KB Mall

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,915
Top Poster #6
Joined
Apr 15, 2012
Messages
40,915
Reaction score
4,114
Points
266
Awards
1
gaduh-kb-mall.jpg
Tangkap layar video sekumpulan lelaki bergaduh di dalam pusat beli-belah KB Mall, Kota Bharu semalam.

Pekerja premis jual telefon bergaduh rebut pelanggan​

  • Oleh ROHANA MOHD. NAWI
  • 23 April 2022, 1:32 pm


KOTA BHARU – Tujuh lelaki ditahan selepas mereka terlibat dalam pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada dua pekerja premis telefon bimbit berebut pelanggan di pusat beli-belah KB Mall di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, kesemua lelaki berusia 19 hingga 30 tahun dicekup selepas mereka dipercayai merupakan suspek utama yang terlibat dalam insiden tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, pergaduhan itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati dan pertelingkahan antara dua pekerja premis menjual telefon bimbit.
Menurutnya, kedua-dua pekerja itu dipercayai berebut pelanggan sebelum masing-masing membawa kumpulan yang terdiri daripada rakan-rakan mereka sehingga berlaku bergaduhan di dalam dan luar pusat beli-belah berkenaan.

“Berdasarkan siasatan, lima daripada suspek didapati bekerja sebagai pembantu kedai, pemandu lori, buruh dan petani mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes jenayah selain dadah.
“Ujian saringan air kencing turut mendapati kesemua suspek negatif dadah. Mereka dirawat sebagai luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius akibat pergaduhan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi berkata, susulan daripada kejadian itu, polis menerima dua laporan berhubung kes tersebut dan kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, tular tiga video berdurasi 31 saat, 27 saat dan tujuh saat di Facebook yang memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di KB Mall. – KOSMO! ONLINE


 
Last edited:
Sponsored Post

*KOTA BHARU* - Polis menahan tujuh lelaki selepas terlibat dalam pergaduhan dipercayai akibat berebut pelanggan di sebuah pasar raya pada Jumaat.
FB_IMG_1650726373494.jpg
FB_IMG_1650726375981.jpg
FB_IMG_1650726378012.jpg

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, hasil siasatan awal, kejadian pada jam 9.30 malam itu dipercayai berpunca daripada pertelingkahan dua pekerja premis perniagaan telefon yang berebut pelanggan.

"Susulan itu, kedua-dua pekerja berkenaan telah membawa rakan-rakannya sehingga mencetuskan pergaduhan di dalam dan luar kawasan pasar raya terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, pergaduhan itu mengakibatkan enam suspek berusia 24 hingga 30 tahun mengalami kecederaan ringan dan hasil semakan mendapati kesemua suspek yang ditangkap itu mempunyai rekod jenayah lampu.

Polis sedang mengesan suspek-suspek lain bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Polis sedang mengesan suspek-suspek lain bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, kesemua suspek akan direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Pada masa sama, kita juga sedang mengesan suspek-suspek lain bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

"Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu boleh menghubungi pihak polis di talian 012-3447505 atau 09-7752200," katanya.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register