BTC USD 57,269.5 Gold USD 1,769.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja Pijak Belacan Semasa Proses Menjemur

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
20.10.2021 - Seberang Perai, Jemur belacan sambil dipijak dengan selipar. Itu situasi menjijikkan yang dikesan semasa operasi oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan negeri di sebuah kilang memproses belacan di Butterworth di sini hari ini. Bahkan, kilang yang dipercayai beroperasi lebih lima tahun tanpa lesen perniagaan yang sah itu turut didapati menggunakan logo halal meragukan. Sementara itu, dalam operasi berasingan di sebuah kilang pembuatan tauhu di Tasek Gelugor di sini turut mendapati persekitaran dan proses pembuatannya yang kotor selain penemuan najis tikus.

Akibatnya, kedua-dua kilang berkenaan diarahkan ditutup selama dua minggu mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 untuk kerja-kerja pembersihan. Ketua Unit Penguatkuasaan BKKM, Mohd. Wazir Khalid berkata, arahan itu dibuat susulan penemuan najis tikus semasa Op Bersih yang dijalankan pihaknya bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai tersebut.

“Kilang tauhu itu pernah diperiksa dua bulan lalu melibatkan soal pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Bagaimanapun, hari ini bukan sahaja kita menjumpai najis tikus di dalam stor, tapi keadaan kilang kotor dengan lebihan tauhu yang berselerakan,” katanya kepada pemberita sejurus operasi berkenaan hari ini.

Menurutnya, sebanyak tujuh notis kompaun bernilai RM12,000 atas pelbagai kesalahan berkaitan kebersihan telah dikeluarkan pada operasi itu.

“Pada masa sama, terdapat di antara lapan hingga sembilan pekerja di kedua-dua buah premis yang belum mendapat suntikan tifoid dan dikenakan kompaun secara individu untuk kesalahan itu,” ujarnya.

Tambah beliau, antara kesalahan lain yang turut dikesan adalah peralatan yang digunakan kotor dan tidak memakai pakaian perlindungan diri (PPE).​

1634715952213.png
 
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Messages
52,463
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,463
Reaction score
1,783
Points
596
Awat la pi meniaga cam musibat nie

Nak bagi orang makan la

Mau katok kepala musibat nie ngan helmet
 

ViperX

Super Active Member
Messages
5,197
Joined
Oct 10, 2016
Messages
5,197
Reaction score
715
Points
121
Janji untung maaaaa..... sakit perut lu punya pasal.
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,394
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,394
Reaction score
2,966
Points
201
Kilang belacan kotor guna nama Melayu, logo halal palsu

MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 20 Oktober 2021
Jumaat | 22 Oktober 2021

Belacan yang dijemur di atas lantai. Mohd Wazir (kanan) menunjukkan kotak bungkusan belacan yang tertera nama pengeluar Melayu.
BUTTERWORTH - Sebuah kilang pengeluar belacan bukan bumiputera di Sungai Puyu di sini dikesan menggunakan nama pengeluar Melayu pada kotak bungkusan dalam serbuan Ops Bersih yang dilakukan

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang pada Rabu.

Selain menggunakan nama pengeluar Melayu, syarikat terbabit turut memaparkan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang diragui kesahihannya pada kotak bungkusan produk belacan mereka.

Pegawai Kesihatan Persekitaran BKKM, Mohd Wazir Khalid berkata, perbuatan menggunakan nama pengeluar Melayu dan logo halal itu dipercayai tujuan pemasaran itu sangat tidak bertanggungjawab kerana boleh mengelirukan pengguna.


Menurutnya, ketika disoal mengenai perkara itu, pemilik kilang terbabit hanya memberi alasan kotak bungkusan berkenaan bertujuan untuk 'sample' namun ia tidak boleh diterima berikutan penemuan kotak bungkusan yang banyak di dalam premis terbabit.

Mohd Wazir menunjukkan kain buruk yang ditemui dipercayai digunakan untuk membalut tauhu.
"Kita tidak pasti sama ada berlaku penggunaan logo secara 'ali baba' atau sebaliknya namun kita menemui kotak bungkusan mencurigakan itu dalam jumlah yang banyak dalam premis ini.

"Menerusi semakan yang dibuat, nama pengeluar Melayu itu tidak ada kaitan dengan kilang belacan ini yang dipercayai telah beroperasi secara haram sejak 5 tahun lalu," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan pada Rabu.

Mohd Wazir berkata, dalam serbuan itu pihaknya mendapati kilang memproses belacan terbabit gagal mengutamakan aspek kebersihan apabila menemui najis tikus di bahagian stor penyimpanan bahan selain pekerjanya gagal menggunakan pakaian dan kelengkapan yang sepatutnya ketika memproses bahan makanan itu.

Beliau berkata, tindakan pengusaha kilang itu membiarkan belacan dijemur di atas lantai juga menjadi satu kesalahan selain mendapati peralatan yang digunakan untuk memproses bahan makanan itu kotor.

"Berikutan itu, tindakan menutup premis selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dikenakan dan mereka perlu melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum dibenarkan beroperasi semula," katanya.

Sementara itu, Mohd Wazir berkata, tindakan sama turut dikenakan terhadap sebuah kilang memproses tauhu di Kampung Selamat, Tasek Gelugor selepas didapati turut mengabaikan aspek kebersihan.

Mohd Wazir (kanan) melekatkan notis arahan tutup pada pintu kilang memproses tauhu di Kampung Selamat.
Katanya, dalam serbuan itu pihaknya turut menemui najis tikus di dalam stor penyimpanan barang selain mendapati bahan makanan diletakkan di atas lantai.

Beliau berkata, apa yang lebih memualkan apabila pihaknya menemui kain buruk yang dipercayai digunakan untuk membalut tauhu ketika proses pembuatan bahan makanan berkenaan.

"Kilang ini pernah diperiksa dua bulan lalu dan kita telah menasihatkan mereka agar melakukan penyelenggaraan yang lebih baik dengan mengutamakan aspek kebersihan.

"Namun selepas risikan dibuat sejak beberapa minggu lalu mendapati keadaannya tidak berubah hingga memaksa tindakan penutupan diambil hari ini," katanya.
 

anbusan

Super Active Member
Messages
8,366
Joined
Jan 22, 2006
Messages
8,366
Reaction score
304
Points
91
padu rasa belacan die ni siap bg perisa cagu
 

P_M_L

Active+ Member
Messages
2,574
Joined
Apr 8, 2009
Messages
2,574
Reaction score
96
Points
40
tolonglah bagitau nama apa belacan tu skali... susah sangat k huhu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register