Pekerja Pembersihan Di Syaki Curi Penutup Hidung & Mulut Milik Hospital

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,010
Reaction score
3,252
Points
236
29.03.2020 - Kuantan, Seorang pekerja syarikat pembersihan ditahan kerana disyaki mencuri 30 kotak penutup hidung dan mulut yang setiap satu berisi 50 keping, milik Hospital Kuala Lipis yang dianggarkan bernilai RM3,000.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata suspek lelaki yang berusia 26 tahun itu dipercayai mencuri penutup hidung dan mulut tersebut dari stor sebuah wad di hospital itu pada waktu tengah hari, Jumaat lalu (27 Mac).

Katanya, kehilangan penutup hidung dan mulut itu disedari seorang jururawat bertugas pada 4 petang hari sama, apabila hanya lima kotak sahaja berada di rak sedangkan kiraan pada waktu pagi mengesahkan sebanyak 35 kotak peralatan itu berada di situ.

"Pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di wad itu mendapati suspek yang mengenakan seragam sebuah syarikat berdaftar dengan Kementerian Kesihatan masuk ke stor pada 12.58 tengah hari.

"Suspek didapati keluar dari wad kira-kira dua minit kemudian dengan membawa satu plastik sampah berwarna hitam yang dipercayai mengandungi topeng muka tersebut," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Azli berkata siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan tidak mempunyai keperluan untuk masuk ke stor tersebut kerana bekerja di bahagian pembersihan.

Katanya, suspek ditahan pada Sabtu, di bandar Kuala Lipis bersama penutup hidung dan mulut itu dan kini direman sehingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.



Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1826462
 
Sponsored Post

epozer

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 2, 2010
Messages
14,781
Reaction score
531
Points
171
setakat nk pkai sekotak dah cukuo..di bantai 30 kotak...mmg kn lauk la...dah la stok spital xcukup...
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,166
Reaction score
1,896
Points
206
Market kat luar sehelai RM2.
Barang laku keras sekarang.
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
6,705
Reaction score
48
Points
80
Xberagak dia ni...curi tu nak jual ke..
Setakat nak minta 1-2 keping rsanya boleh je kot minta elok2
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
1,807
Reaction score
176
Points
38
syarikat mende? radicare ke?

memang le utk jual lau amik byk tu ..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register