Pekerja Pasang Khemah Mati Di Tetak

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,740
Reaction score
3,779
Points
236
25.11.2020 - Kuala Lumpur, Seorang pemuda yang datang untuk kerja memasang khemah majlis di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, dekat Kepong ditemui mati, dengan kesan tetakan di kepala. Ketika kejadian, mangsa telah ke Blok E untuk membeli makanan sebelum didatangi dua suspek dengan menaiki motosikal. Salah seorang suspek dipercayai turun dari motosikal lalu menetak mangsa yang berusia 21 tahun di tepi jalan Blok E.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis percaya selepas ditetak, mangsa sambil menahan kesakitan berjalan kaki hingga ke Blok B, sebelum rebah dan meninggal dunia.

“Motif kejadian masih disiasat dan mayat simati dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat. Setakat ini polis dan forensik belum menemui sebarang senjata yang digunakan oleh suspek di lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di sini.

Mangsa yang bekerja sebagai pemasang khemah majlis kenduri dan acara lain di sekitar Gombak dan Kepong, datang ke kawasan itu bersama rakannya untuk memasang khemah di salah sebuah di situ. Bagaimanapun, ketika kejadian rakan mangsa menaiki tingkat aras di Blok B PPR berkenaan untuk berurusan. Beh berkata, mayat mangsa ditemui penduduk dalam keadaan terbaring di atas lantai sekitar jam 10 pagi.

“Hasil siasatan, kita berjaya menahan seorang suspek berusia 25 tahun, disyaki mungkin terlibat dalam kes pembunuhan ini,” katanya.

Tambah beliau, siasatan lanjut telah dijalankan ke atas suspek yang juga merupakan penghuni di PPR tersebut untuk mengenalpasti motif kejadian dan pembunuhan itu. Dalam pada itu, Beh meminta penduduk atau saksi kejadian tampil menghulurkan maklumat untuk membantu siasatan kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” tegasnya

Screenshot-3345.jpg


Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/11/25/pekerja-pasang-khemah-mati-ditetak/
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,550
Reaction score
1,384
Points
201
Covid n pkp tiada kaitan gan kejadian jenayah yg berlaku
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,778
Reaction score
11,628
Points
1,906
Polis Iring Penganggur, Mekanik Bunuh Remaja ke Mahkamah KL

17 December 2020
MGF17122020_KES-BUNUH-PPR-INTAN-BAIDURI-7.jpg

Mekanik, Elias Zainal Abidin, 44, dibawa pegawai polis ke mahkamah majistret bagi menghadapi pertuduhan membunuh pemasang khemah berusia 21 tahun di PPR Intan Baiduri Kepong dalam kejadian pada 25 November lalu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 17 DISEMBER 2020.
MGF17122020_KES-BUNUH-PPR-INTAN-BAIDURI-4.jpg

Penganggur, Thiagarajan Peranandam, 42 (kanan) dan rakan kenalannya mekanik, Elias Zainal Abidin, 44, (kiri) dibawa pegawai polis ke mahkamah majistret bagi menghadapi pertuduhan membunuh pemasang khemah berusia 21 tahun di PPR Intan Baiduri Kepong dalam kejadian pada 25 November lalu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 17 DISEMBER 2020.
MGF17122020_KES-BUNUH-PPR-INTAN-BAIDURI-3.jpg

Penganggur, Thiagarajan Peranandam, 42, dibawa pegawai polis ke mahkamah majistret bagi menghadapi pertuduhan membunuh pemasang khemah berusia 21 tahun di PPR Intan Baiduri Kepong dalam kejadian pada 25 November lalu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 17 DISEMBER 2020


.
MGF17122020_KES-BUNUH-PPR-INTAN-BAIDURI-12.jpg

Penganggur, Thiagarajan Peranandam, 42, dibawa pegawai polis ke mahkamah majistret bagi menghadapi pertuduhan membunuh pemasang khemah berusia 21 tahun di PPR Intan Baiduri Kepong dalam kejadian pada 25 November lalu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 17 DISEMBER 2020.

MGF17122020_KES-BUNUH-PPR-INTAN-BAIDURI-8.jpg

Mekanik, Elias Zainal Abidin, 44, dibawa oleh pegawai polis selepas dituduh di mahkamah majistret pagi ini atas kesalahan dengan niat bersama membunuh pemasang khemah berusia 21 tahun di PPR Intan Baiduri Kepong dalam kejadian pada 25 November lalu di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 17 DISEMBER 2020.

 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,925
Reaction score
927
Points
86
Saya perhatikan tak kira PDRM atau SPRM, pegawai yang mengiringi OKT ni akan memegang OKT tanpa sarung tangan.
Ini boleh menyebabkan kes Covid19 di lokap.
Sekarang banyak kes yang libatkan PDRM dan SPRM, cuba CGrian perhatikan perkara diatas.
Masa roadblock PKP, anggota pakai sarung tangan pulak.
Ke anggota tak berani pakai glove dari Top Glove 😛
 
Sponsored Post
Top
Log in Register