Pekerja Malaysia di Singapura maut terjun apartmen

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,002
Reaction score
1,707
Points
151

sesuai dengat syariat itu pada zaman Nabi Musa.

ayat tu merujuk kepada perbuatan kaum tu
biasa yg sembah2 lembu buat mcm tu
 
Sponsored Post

belam

Super Active Member
Joined
Jul 29, 2013
Messages
5,852
Reaction score
237
Points
73
Dia juga ada memaklumkan sedang membuat persiapan pulang ke Johor Bahru dalam masa 10 hari lagi menerusi inisiatif Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), namun berita dia terjun dari apartmentnya dua hari lalu sangat mengejutkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
10 hr je lagi kalau sabar..skang anak dah hilang ayah buat selamanya...
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,872
Reaction score
2,109
Points
201
depression is real .. mental health issue is increasing exponentially nowadays

ramai org depress pastu samada buat perangai kat sosial media atau senyap2 bunuh diri

semoga tuhan ampunkan arwah dan harap keluarga dapat bertabah ..

org kita janganlah kecam atau tambah derita keluarga mangsa lagi
anak aku cakap ramai org Islam bunuh diri sekarang...tetapi tdak didedahkan sgt.....ini sebab kesan dari kemurungan dan org kita malas nak jumpa kaunseling....Kaunselor ni penting...tempat kita luahkan perasaan...kalau kawan kawan ni kadang tambah lauk dan adu domba.....cuma kat tempat kita ..kalau jumpa Kaunselor atau Pakar Psikatri terus dicop sebagai gila....walhal kat luar negara benda ni biasa sahaja...
 

Mad_Hatter

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
8,212
Reaction score
1,282
Points
151
Dalam cg nie pun ada je yang sakit mental, tengok perangai pun dah tahu 😁
Stress sebab terlampau fanatik politik kot...
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,002
Reaction score
1,707
Points
151
Majikan halang pekerja Malaysia pulang bercuti
CAUSEWAY_TRAFFIC_1603189312.jpg
Ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, kini dikatakan mengalami tekanan melampau, apatah lagi ada yang tidak pulang sejak Mac lalu berikutan penutupan sempadan antara kedua-dua negara akibat wabak COVID-19. - Foto hiasan
JOHOR BAHRU: Rakyat Malaysia bekerja di Singapura dikesan menghadapi tekanan perasaan, berikutan terdapat majikan yang tidak membenarkan mereka pulang bercuti ke negara ini.

Pengerusi Pertubuhan Petugas Khas Pekerja Malaysia-Malaysia (PEMAS), S Dayalan, berkata ramai rakyat Malaysia yang mengadu kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, mereka diberi kata dua sama ada meletak jawatan sekiranya mahu pulang atau melupakan sahaja hasrat untuk bercuti.

Katanya, aduan berkenaan dibuat ketika ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, kini dikatakan mengalami kemurungan dan tekanan melampau, apatah lagi ada yang tidak pulang sejak Mac lalu berikutan penutupan sempadan antara kedua-dua negara akibat wabak COVID-19.

"PEMAS terima ratusan panggilan dan mesej menerusi WhatsApp setiap hari yang meminta bantuan berikutan terdapat majikan menghalang mereka bercuti seketika bagi bertemu keluarga di negara ini, namun kami tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memberi kata semangat supaya bersabar.

"Ada yang mahu bercuti untuk melangsungkan perkahwinan dan rindukan keluarga, namun tidak dibenarkan majikan. Pekerja hanya dibenarkan bercuti jika jatuh sakit atau pun ahli keluarga meninggal sahaja, jika berkeras mereka akan diminta meletak jawatan.

"Walaupun, mereka sebenarnya boleh membuat aduan rasmi kepada Kementerian Sumber Manusia Singapura, kebanyakannya bimbang akan dibuang kerja atau disenarai hitam, jika aduan mereka diketahui nanti.

"Faktor itu menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura mengalami kemurungan, tertekan dan patah semangat namun tidak mempunyai pilihan lain selain terus bekerja kerana kebanyakannya mempunyai komitmen yang tinggi di Malaysia, " katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas isu tekanan perasaan dan dilema yang dihadapi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, susulan penutupan sempadan sejak Mac lalu.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata, rakyat yang berada di Singapura tidak pernah dihalang pulang ke Malaysia dan mereka boleh pulang pada bila-bila masa.

Ismail Sabri dilaporkan berkata, rakyat tempatan yang berada di sana tidak pernah dihalang untuk kembali ke tanah air seperti diumumkan kerajaan sebelum ini.

"Kita menerima aduan seolah-olah ada rakyat yang ingin kembali dari Singapura tetapi mereka tidak dibenarkan," katanya.

Mengulas lanjut, Dayalan berkata, terdapat sebilangan rakyat Malaysia bekerja di Singapura turut mengambil langkah meletak jawatan dan memutuskan kembali ke negara ini, selepas memikirkan keluarga dan kesihatan mental, lebih utama daripada segalanya.

"Namun, bagi yang tidak mempunyai pilihan kerana perlu menanggung keluarga dan mempunyai komitmen besar, mereka sangat risau jika berhenti kerja di saat wabak COVID-19 menjejaskan pelbagai sektor pekerjaan.

"Ada pula, mahu pulang bercuti dan mengikuti skim Peraturan Ulang-Alik Berkala (PCA), namun terpaksa berfikir banyak kali dari segi kemampuan, kerana perlu membayar kos besar untuk kuarantin di Malaysia dan kos kuarantin di Singapura, apabila kembali nanti," katanya.

Beliau berkata, ramai juga netizen yang mempertikai tekanan perasaan dialami rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, dengan membandingkan ada rakyat Malaysia bekerja dan belajar di luar negara yang bertahun-tahun tidak pulang bertemu keluarga.

"Ia situasi berbeza. Rakyat Malaysia bekerja di Singapura hampir kesemuanya berulang-alik setiap hari sebelum penutupan sempadan.

"Kebanyakan mereka hanya membayangkan penutupan sempadan tidak selama seperti yang berlaku sekarang.

"Mereka tidak bersedia dari segi mental dan apabila terpaksa tinggal di negara asing tanpa bertemu keluarga dan insan disayangi berbulan-bulan lamanya, ia menyebabkan jiwa mereka kosong,tertekan dan bertukar menjadi kemurungan," katanya.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,690
Reaction score
21,085
Points
1,671
org kg ak ada tunjuk pic abg ipar die kt spore dr pkp aritu tido alas kotak je dlm stor ofis. biasanye hari2 ulang alik. since pkp xbole balik. xsure kerja apa tp gaji based on kedatangan pelawat msia kt spore. jawabnye mmg xbergaji la. dr seminggu lepas xdpt contact rupanye sampai xde duit nak beli topup. anak kt sini 6 org. bini xkerja. dh 3-4bln lepas harapkan duit saving je ni. makan bercatu. menyewa la pulak rumah rm900 sebulan kt JB tu


me: tgk org diuji, bersyukurnya
 
Sponsored Post
Top
Log in Register