Pekerja Malaysia di Singapura maut terjun apartmen

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,436
Reaction score
2,190
Points
206
terjun_1602919757.jpg


JOHOR BAHRU: Seorang lelaki rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, maut selepas terjun dari tingkat lapan sebuah apartmen di republik itu, dua hari lalu.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai mengalami kemurungan akibat masalah kerja di samping merindui keluarganya, selepas terkandas di Singapura hampir lapan bulan.

Kisah lelaki berkenaan yang terjun dari apartmen tempat tinggalnya itu tular di akaun Facebook rakyat Malaysia bekerja di Singapura, sejak semalam.

Menurut sumber pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura yang enggan dikenali, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat kurier di republik berkenaan dipercayai menghadapi tekanan hidup kerana bukan sahaja terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarganya, malah bebanan kerja yang bertambah susulan wabak COVID-19.

"Lelaki itu sudah beberapa kali mengadu dengan isterinya yang dia tertekan di tempat kerja. Namun dia tidak pula menunjukkan sebarang perubahan sikap setiap kali membuat panggilan secara video dengan isterinya kerana dilihat sentiasa ceria, selain selalu mengungkapkan kata rindu dan tidak sabar bertemu isteri dan anaknya.

"Dia juga ada memaklumkan sedang membuat persiapan pulang ke Johor Bahru dalam masa 10 hari lagi menerusi inisiatif Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), namun berita dia terjun dari apartmentnya dua hari lalu sangat mengejutkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mangsa meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan berusia empat tahun.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Petugas Khas Pekerja Malaysia-Malaysia (PEMAS), S Dayalan, berkata pihaknya berharap kerajaan Pusat dan negeri membuat siasatan menyeluruh susulan kejadian kes bunuh diri membabitkan pekerja Malaysia di negara itu semakin meningkat selepas sempadan kedua-dua negara ditutup.

Katanya, sehingga kini tiga kes bunuh diri berlaku sejak wabak COVID-19 yang menyebabkan sempadan Malaysia-Singapura ditutup sejak Mac lalu.

"Perkara ini kena siasat, mengapa mereka bunuh diri. Adakah kerana tertekan hidup akibat bebanan kerja, dibuang kerja atau rindu kerana berjauhan terhadap keluarga," katanya.

 
Sponsored Post

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
790
Reaction score
320
Points
41
depression is real .. mental health issue is increasing exponentially nowadays

ramai org depress pastu samada buat perangai kat sosial media atau senyap2 bunuh diri

semoga tuhan ampunkan arwah dan harap keluarga dapat bertabah ..

org kita janganlah kecam atau tambah derita keluarga mangsa lagi
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
Sempat Buat Panggilan Video Sebelum Di Temukan Mati

18.10.2020 - Johor Bahru, Pekerja Malaysia di Singapura yang maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah apartment di republik itu, Khamis lalu sempat membuat panggilan video bersama isterinya beberapa jam sebelum kejadian. Isteri mangsa, yang mahu dikenali sebagai Uma, 35, berkata, suaminya berusia 36 itu tidak menunjukkan perubahan atau berperangai pelik ketika membuat panggilan video tersebut menyebabkan wanita itu keliru apabila kematian suaminya dikaitkan dengan tindakan bunuh diri.

Menurutnya, suaminya tidak mempunyai sebarang masalah termasuk kewangan dan hutang dengan ah long atau menghadapi tekanan di tempat kerja sehingga menimbulkan dakwaan mangsa dikatakan membunuh diri.

"Saya keliru dengan cara kematian suami sedangkan dia baik-baik sahaja ketika berbual dengan saya dan anak sebelum dia ditemukan meninggal dunia. Cuma beberapa jam kemudian bercakap di telefon, dia ada menghantar mesej nombor kecemasan yang perlu kami hubungi jika berlaku sebarang kejadian terhadapnya.

"Bagaimanapun, kami sekeluarga menyerahkan kepada polis Singapura untuk menyiasat dan melihat sebarang kemungkinan punca kematian suami," katanya ditemui di rumahnya di Taman Kobena di sini hari ini.

Kelmarin tular dalam media sosial apabila mangsa yang bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat kurier di Bukit Batok ditemukan terbaring di bawah apartmen. Pekerja berkenaan meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan, Yogashini, 4, disemadikan dengan upacara keagamaan Hindu di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Petugas Khas Pekerja Malaysia di Singapura (Pemas), S Dayalan berkata, pihaknya menggesa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk mewujudkan satu jawatankuasa siasatan khas susulan kejadian kematian membabitkan pekerja Malaysia di negara itu. Katanya, ini termasuk kejadian dua kes bunuh diri yang berlaku sejak pandemik koronavirus (Covid-19) melanda selepas pintu sempadan Malaysia-Singapura ditutup.

"Perkara ini kena siasat, mengapa mereka bunuh diri? Adakah sebab tertekan hidup dibuang kerja atau tekanan beban kerja di sana," katanya.

Sebelum ini, bekas tukang masak menggantung diri di kediamannya di Kluang manakala kes kedua pula membabitkan rakyat Malaysia yang bekerja sebagai polis bantuan di negara itu yang dikatakan menembak diri sendiri

Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...t-buat-panggilan-video-sebelum-ditemukan-mati
 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
790
Reaction score
320
Points
41
aku dulu pernah tengoklah satu documentary ni pasal org us yg suicide .. mmg banyak beb

ade sorang tu dia terselamat sbb dia lompat dari golden gate tu, aku tak tau camne dia terselamat tp mmg jaranglah

dia kata.. dia mmg stress masa tu, tapi bila dia lompat ke bawah je.. sebelum terhempas tu dia kata dia terus macam sedar dan menyesal dengan apa dia buat tu, dia sedar benda tu tak berbaloi.. dia ada few seconds je masa tu sblm terhempas

korang mmg tengah serabut.. bila dah terjun dan tengah terkapai2 jatuh tu, masa tu menyesal bunuh diri.. sesia hidup

nauzubillah..

suicide will kill more than yourself and longer to die
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,546
Reaction score
338
Points
131
depression ni klu ikut pengalaman aku, bende2 yg menyakitkan hati akan di rewind berkali2 supaya kita bertambah tertekan..
sbb tu bole jadi membunuh atau bunuh diri disebabkan perkara yg diingati mmg sgt ekstrem sampai bole sakit kepala..
aku penah hentak kepala kat dinding semata2 nak ilangkan sakit berdenyut2..ialah, x abis2 kene aniaya berkenaan jodoh..
hebat org yg aniaya aku gunakan org terdekat supaya tekanan tu akan berterusan sampai laa aku meninggal atau diorg mampus..

nasib baik aku blaja atasi perkara ni..klu bole, jgn push sgt diri utk tekel masalah tu dan pastikan tidur lebih jam dari biasa..
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,052
Reaction score
1,715
Points
151
Bunuh diri adalah cara mereka bertaubat dgn mengikuti perintah tuhan ke atas mereka yg telah menganiaya diri mereka sendiri

ini sudah diberitakan sejak azali lg
Kerana tidak pernah merasa bersyukur :D

1603162927794.jpeg
 

iced_coolz

Active Member
Joined
May 18, 2013
Messages
1,083
Reaction score
246
Points
33
Bunuh diri adalah cara mereka bertaubat dgn mengikuti perintah tuhan ke atas mereka yg telah menganiaya diri mereka sendiri

ini sudah diberitakan sejak azali lg
Kerana tidak pernah merasa bersyukur :D

View attachment 299758

sesuai dengat syariat itu pada zaman Nabi Musa.

ayat tu merujuk kepada perbuatan kaum tu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register