Pak_malau7777
Fun Poster
- Messages
- 957
- Joined
- Oct 17, 2024
- Messages
- 957
- Reaction score
- 315
- Points
- 31
Iya inspirasi atas kejayaan airasia dl tuMultitasking ni sejak dari dulu lagi dah buat.
Multipay je tak nampak bayang.
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Iya inspirasi atas kejayaan airasia dl tuMultitasking ni sejak dari dulu lagi dah buat.
Multipay je tak nampak bayang.
Jtk nie jabatan yg paling xaktif aduan la mcm mn pun majikan xkena pun ..banyak dh kes...terutama kwsp'Jangan takut lapor aduan jika majikan tidak laksana gaji minimum RM1,700'
SAIFULLAH AHMAD
Saratbabu Raman (duduk, dua dari kanan) bersama Roziah (duduk, kanan) dan Norazian (duduk dua dari kiri) ketika sidang akhbar di Pejabat PSM Perak di sini pada Jumaat.
IPOH - Golongan pekerja tidak perlu bimbang untuk mengemukakan aduan jika terdapat majikan yang enggan mematuhi pelaksanaan gaji minimum RM1,700 sebulan seperti diumumkan kerajaan.
Penyelaras Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM), R Saratbabu Raman berkata, aduan boleh dibuat melalui mana-mana pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau terus kepada PSM.
Menurutnya, beberapa aduan telah diterima khususnya melibatkan pekerja kontrak yang berkhidmat di premis kerajaan seperti pengawal keselamatan, tukang kebun dan pekerja pembersihan.
"Dalam bulan ini kita sudah mula terima aduan daripada pekerja bahawa majikan mereka mula memberikan alasan untuk tidak mematuhi pelaksanaan gaji minimum RM1,700.
"Alasan yang diberikan oleh majikan ini bahawa tender yang ditawarkan melalui kontrak-kontrak kerajaan melibatkan gaji RM1,500 sebulan, bukan RM1,700 sebulan," katanya dalam sidang media di Pejabat PSM Perak di sini pada Jumaat.
Saratbabu Raman dalam pada itu menggesa Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) melihat dengan isu tersebut bagi memastikan majikan mematuhi arahan ditetapkan kerajaan.
Beliau bimbang jika ia tidak ditangani akan menyebabkan pekerja menjadi mangsa dan ditindas oleh majikan.
Katanya, sebarang aduan yang ingin dibuat di JTK dinasihatkan untuk dilakukan secara berkumpulan, bukan berseorangan.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital dan Di Jabatan-Jabatan Kerajaan (NUWHSAS), Roziah Mohd Hashim meluahkan kebimbangan terhadap nasib pekerja-pekerja seperti pengawal keselamatan di hospital dan pekerja pembersihan di sekolah.
Katanya, sudah ada aduan diterima majikan mula memotong bayaran elaun kerja lebih masa di antara RM400 hingga RM1,700.
Jelasnya, tindakan tersebut dibimbangi mempunyai kaitan dengan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 tersebut.
"Kita sedang menyiasat perkara ini dan pemotongan bayaran elaun kerja lebih masa ini dibuat pada bulan Januari lalu selepas pengumuman pelaksanaan gaji minimum oleh Kesuma.
"Kita juga bimbang berlaku pemotongan pelbagai faedah seperti jumlah cuti tahun dan cuti sakit kerana ia pernah berlaku ketika pelaksanaan gaji minimum RM1,500 pada tahun 2022 lalu," katanya.
Jelas Roziah, majikan tidak boleh sewenang-wenangnya memotong elaun golongan pekerja tersebut kerana mereka perlu mendapat bayaran gaji sewajarnya.
Dalam pada itu, Penyelaras Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), Norazian Riduan menggesa Kesuma segera mengeluarkan garis panduan mengenai bayaran gaji minimum baharu mengikut kelayakan seperti dimaklumkan sebelum ini.
Katanya, kerajaan perlu lebih prihatin terhadap pekerja serta melakukan pemantauan lebih ketat bagi memastikan tiada majikan yang ingkar.
"Kita juga minta pekerja supaya jangan takut ugutan atau ancaman dibuang kerja oleh majikan jika pelaksanaan gaji minimum RM1,700 tidak dipatuhi.
"Salurkan maklumat atau aduan kepada kami atau pihak-pihak berkaitan untuk memastikan nasib mereka dibela," katanya.
Norazian berkata, JPKK juga turut menyediakan saluran aduan menerusi Sistem Aduan Pekerja (Siap) di talian 011-10767989.
Pada 31 Januari lalu, media melaporkan Kesuma memaklumkan Perintah Gaji Minimum baharu berkuat kuasa di seluruh negara mulai 1 Februari 2025.
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional, tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan tersebut.