BTC USD 68,492.4 Gold USD 2,343.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja landskap mengaku cabul wanita dalam surau, didenda RM3,000

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
50,888
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
50,888
Reaction score
6,228
Points
881
Awards
1
Pekerja landskap mengaku cabul wanita dalam surau, didenda RM3,000


Mohammad Sah didenda RM3,000 selepas mengaku mencabul jemaah wanita di sebuah surau dekat Parit Raja, Batu Pahat. - Foto NSTP/Alias Abd Rani

BATU PAHAT: Pekerja landskap mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang jemaah wanita di sebuah surau di Parit Raja, awal bulan ini.

Tertuduh, Mohammad Sah Taswat, 29, yang masih bujang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja melakukan kekerasan jenayah serta berniat untuk mencabul kehormatan seorang jemaah berusia 29 tahun di ruang solat wanita, pada jam 1.20 tengah hari, 8 Mac lalu.

Hukuman bagi pertuduhan mengikut seksyen terbabit ialah, tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan ataupun dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa berada di ruang solat wanita sebelum disapa oleh tertuduh.

Tertuduh kemudian menutup pintu dan duduk di sebelah mangsa sebelum memegang paha wanita itu.

Terkejut dengan tindakan tertuduh, mangsa melarikan diri bagi mendapatkan bantuan orang lain serta membuat laporan polis. Tertuduh ditahan empat hari selepas kejadian.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Terdahulu, tertuduh menerusi peguamnya memilih untuk hukuman denda minimum kerana perlu menanggung kedua ibu bapa manakala pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tindakan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 selain memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayarnya.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register