Covid-19 Pekerja Kontrak Di Denda RM4,600 - Halang, Maki Polis, Tak Bawa IC

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,210
Reaction score
3,308
Points
236
15.04.2020 - Kangar, Seorang pekerja kontrak didenda berjumlah RM4,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menghalang tugas polis, memaki polis dan gagal mengemukakan kad pengenalan, ketika sekatan jalan raya Ops COVID-19 Ahad lepas.

Ong Woi Hong, 29, mengaku bersalah selepas tiga pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.

Kamaliza menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara enam bulan, bagi kesalahan dengan sengaja menghalang penjawat awam ASP Alekzandra @ Muhamad Dawan daripada menjalankan kerja-kerja jawatannya, sebagai seorang pegawai kanan polis di sekatan jalan raya Ops COVID-19, di lampu isyarat Jalan Raja Syed Alwi, Kangar pada 10.45 pagi 12 April.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 185 Kanun Keseksaan, yang boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Lelaki itu didenda maksimum RM100 bagi pertuduhan kedua, iaitu mengeluarkan perkataan jelik kepada pegawai polis sama dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk menggangu keamanan atau keamanan boleh terganggu di lokasi, waktu dan tarikh serupa.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1990 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100.

Dia juga didenda RM1,500 atau penjara lima bulan kerana tidak membawa dan gagal mengemukakan kad pengenalan apabila diminta oleh pegawai polis yang menjalankan pemeriksaan di tempat, waktu dan tarikh sama.

Pertuduhan di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Norshuhada Mohd Yatim, memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh yang melakukan kesalahan itu terhadap penjawat awam yang menjalankan tugas mereka bagi mencegah penularan wabah COVID-19.

Peguam Nurul Husna Muhamad Jamil yang mewakili tertuduh merayu hukuman minimum atas alasan tertuduh hanya bekerja sebagai buruh.



Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1832149
 
Last edited:
Sponsored Post

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
14,949
Reaction score
491
Points
131
Tajok lain cerita lain la Cha...
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,352
Reaction score
1,922
Points
206
tajuk pasal denda, isi pasal tok min
 

samesame

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2011
Messages
2,770
Reaction score
524
Points
71
Hakim mahkamah ni boleh dikatagori frontliner jugak ke, sbb mereka pun sebuk jugak tu dlm mengawal pergerakan.
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
14,949
Reaction score
491
Points
131
Hakim mahkamah ni boleh dikatagori frontliner jugak ke, sbb mereka pun sebuk jugak tu dlm mengawal pergerakan.
Bkn...
Barisan ke berape ntah...
Mahkamah pun tutup...

Ade pertuduhan covid ni terpakse la bukak.
 

saidins

Freshie
Joined
Jan 1, 2008
Messages
48
Reaction score
4
Points
21
Bangsat betui ayat yg last.. Kerja sebagai "buruh". Kalau hampa tgk kereta yg dia naik.. Dia pakai Camry kot. Aku pun perasan waktu tgk news kat TV3
 
Sponsored Post
Top
Log in Register