Pekerja kilang warga Nepal digantung kerana bunuh rakan senegara

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
SHAH ALAM 14 Jan. — Seorang pekerja kilang warga Nepal dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh rakan senegaranya dengan menikam mangsa sebanyak tiga kali menggunakan pisau, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati pembelaan tertuduh, Ram Bahadur Rai, 39, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

“Pembelaan tertuduh mestilah benar dan bukannya imaginasi atau direka-reka. Keterangan saksi pendakwaan ketujuh (pengawal keselamatan di tempat kejadian) jelas tidak goyah bahawa tertuduh mengejar mangsa dengan pisau sebelum ditangkap dengan bantuan orang awam,” katanya.

Ram didakwa menikam Mingtanji Sherpa, 27, di bilik No. A2-4, Asrama Pekerja Kilang Plexitech Sdn. Bhd., Lot 178, Jalan 4, Kawasan Perindustrian Olak Lempit, Banting, dekat sini, pada pukul 1 pagi, 14 Feb. 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - Bernama
 
Top
Log in Register